Peraturan-Peraturan Pencen 1980

[Ga,,. PU(A) 460/12] [PU(A) 460/12] [Mas. PU(A! 296/90] 22. Award sementara jika amaun pencen, dll. belum dapat ditentukan. Jika seseorang pegawai atau orang-orang tanggungannya layak mendapal pencen, ganjaran atau lain-lain faedah di bawah Akta, tctapi pemberian pencen, ganjaran atau lain-lain faedah itu belmn dapat ditentukan selepas sahaja bersara atau matinya pegawai itu, maka Yang di-Pertuan Agong bolch memberi kepada pegawai itu atau orang-orang tanggungannya award sementara sebelum penentuan itu dibuat. 23. Kad pesara. ( 1) Seseorang yang menerima pencen atau lain-lain faedah di bawah Akta boleh diberi kad pesara untuk pengenalan clan bagi melayakkan dia mendapat faedah-faedah perubatan dan lain-lain kemudahan yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dari semasa kc semasa. (2) Kad pesara hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengarah apabila orang yang menerima pencen atau lain-lain faedah tidak lagi layakmendapatnya. (3) Jika kad pesara itu hilang atau rosak, suatu kad baru bolehlah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah. (4) (Dipotong). 24. Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan penggunaan kad pesa.-a. ( 1) Adalah menjadi suatu kesalahan bagi seseorang yang dikeluarkan kad pesara di bawah peraturan 23- (a) menggunakan kad pesara tersebut apabila dia tidak lagi berhakmenggunakannya; atau (b) membenarkan orang lain menggunakan kad pesara tersebut. (2) Mana-mana orang yang didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah perenggan (1) hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. 48

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy