Peraturan-Peraturan Pencen 1980

(a) menukarkan cuti yang dikumpulkan itu hingga tempoh maksimumnya sebanyak satu ratus lapan puluh hari sebagai perkhidrnatan yang boleh dimasuk kira; atau (b) jika gajinya- (i) clibayar dari Kumpulanwang Disatukan Persekutuan, memilih mendapatkan award dalam perenggan (I); atau (ii) tidak dibayar dari Kumpulanwang Disatukan Persekutuan, memilih mendapatkan apa-apa award lain yang serupa ilu yang boleh diberi oleh mana­ mana pihak berkuasa kompeten yang lain. 21A. Pengumpulan cuti rehat bagi pegawai dalam perkhidmarnn pcndiclikan. (1) Jika disebabkan kepentingan perkhidmatan seseorang pegawai dalam perkhidmatan pendidikan yang gajinya dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan tidak dapat mengambil cuti rehat tahunan yang diperuntukkan baginya, pegawai itu boleh dibenarkan mengumpul cutinya itu sehingga maksimum sebanyak tujuh hari setahun bagi maksud pemberian award wang tunai, dengan syarat bahawa jumlah cuti rehat terkurnpul itu hendaklah tertakluk kepada maksimum satu ratus lirna puluh hari. (2) Jumlah cuti rehat terkumpul di bawah subperaturan (1) hendaklah dihitung berdasarkan formula sebagaimana dalam subperaturan 21(1B) apabila pegawai bersara atau mati dalam perkhidmatan. (3) Subperaturan (I) dan (2) te1pakai hanya bagi pegawai dalam perkhidmatan pendidikan yang mengajar di sekolah atau institusi pengajian. (4) Cuti rehat terkumpul di bawah subperaturan (I) boleh diagregatkan dengan cuti rehat terkumpul mengikut subperaturan 21(1) dalam ha! apabila pegawai dalam perkhidmatan pendidikan iht berkhidmat selain mengajar di sekolah atau institusi pengajian bagi maksud pemberian award wang tunai. (5) Bagi maksud subperaturan (!), (2), (3) clan (4), jumlah maksimum cuti rehat terkumpul bagi pegawai perkhidmatan pendidikan yang berada dalam perkhidmatan dan bersara atau mati dalam perkhidmatan antara 1 Mac 2004 hingga 1 Disember 2008 hendaklah tertakluk kepada maksimum satu ratus dua puluh hari. (6) Bagi maksud peraturan ini, "cuti rehaC ertinya apa-apa cuti ) walau apa pun sebutannya. apabila bilangan ) kelayakan atau kaedah pengambilan cuti itu ditentukan oleh Kerajaan bagi mana-mana pegawai clalam perkhidmatan pendidikan dan cuti itu dibenarkan oleh Kerajaan untuk diambil kira sebagai ganti pembayaran award wang tunai. 47 [Mas. PU(A) 460/12]

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy