Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012

P.U. (A) 1 43 (4) Pegawai dalam tempoh percubaan boleh disahkan pada atau selepas tarikh kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini, tertakluk kepada pegawai itu telah berkhidmat dalam tempoh percubaan selama enam bulan atau lebih dan memenuhi semua syarat pengesahan selain syarat tempoh percubaan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan sebelum Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa. (5) Pegawai dalam tempoh percubaan yang telah berkhidmat dalam tempoh percubaan selama dua puluh empat bulan atau lebih tetapi belum disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini dibenarkan menghabiskan baki tempoh percubaan asal mengikut skim perkhidmatan sebelum Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa atau baki tempoh percubaan yang dilanjutkan oleh Suruhanjaya dan pegawai itu boleh disahkan sekiranya telah memenuhi semua syarat pengesahan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan. Pembatalan 64. (1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dibatalkan kecuali subperaturan 26(1) dan 28(6) bagi pegawai yang berada dalam Sistem Saraan Malaysia. (2) Walau apa pun subperaturan (1), Perintah Am 45 dan 49 Perintah- Perintah Am Bab A (Lantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973 hendaklah terus terpakai bagi pegawai yang berada dalam Sistem Saraan Jawatankuasa Khas Kabinet 1976.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy