Bab G

IV. PELBAGAI Ketua Jabatan boleh menghendaki pegawai berkhidmat di luar masa biasa. (1). 17. Walau apapun perbekalan-perbekalan lain dalam bab ini, termasuk Perintah-Perintah Am 3 dan 10, seseorang Ketua Jabatan atau Pejabat boleh menghendaki mana-mana pegawainya bertugas di luar masa yang ditetapkan apabila pada pandangannya ini adalah untuk kepentingan awam atau kepentingan perkhidmatan. Ini termasuklah kehadiran di pejabat lebih awal atau tinggal di pejabat lebih lewat daripada masa-masa yang ditetapkan, atau hadir di pejabat pada hari- hari minggu atau kelepasan am. Peraturan tunggu panggilan di rumah. (11). 18. Ketua Jabatan boleh dan akan menentukan cara-cara giliran tinggal di atas panggilan di rumah bagi pegawai-pegawai di bawah jagaannya bila tinggal di atas panggilan adalah perlu untuk kepentingan perkhidmatan atau kepentingan awam. Permulaan dan akhir tugas. (16). 19. Di mana tempat bekerja adalah jauh daripada tempat melapurkan diri, pegawai-pegawai adalah dianggap mulai bekerja di tempat melapurkan diri dan dianggap menamatkan kerja di tempat yang sama. Masa dalam perjalanan. (17). 20. Apabila seseorang pegawai diarahkan membuat perjalanan, maka dia hendaklah dianggap sebagai menjalankan tugas resminya. Tetapi tiap-tiap hari yang dihabiskan berjalan itu hendaklah dianggap sebagai satu had bekerja biasa yang tidak melayakan mendapat bayaran lebih masa, walaupun ini boleh memakan masa lebih daripada 8 jam. Walau bagaimanapun pegawai ini akan berkelayakan mendapat elaun makan dan lain-lain elaun seperti yang dibekalkan di dalam Perintah-Perintah Am Bab B yang berkenaan. LAMPIRAN "A" KADAR GANDAAN BAYARAN LEBIHMASA (P.A. 13) Berikut ialah kadar gandaan bayaran lebihmasa mengikut jenis kerja lebihmasa. GANDAAN BAYARAN Hari Bekerja Biasa Hari Rehat Biasa Hari Kelepasan Am* 1. Kerja Siang … … … 1 ¼ kali 1 ¼ kali t 2 kali 2. Kerja Malam … … … 1 ¼ kali 1 ¼ kali t 2 kali

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy