Bab G

(iii) Pegawai-pegawai yang menyelia; (iv) Kakitangan rumah seperti pelayan rumah dan lain-lain kakitangan yang setaraf; (v) Ahli-ahli Pasukan Polis dan Bomba; dan (vi) Penjaga Rumah. 15. Walau apapun perbekalan di Perintah Am 14, pegawai-pegawai yang berikut boleh dibayar bayaran lebihmasa mengikut jenis kerja yang dijalankan di dalam keadaan-keadaan berikut sahaja: (i) Kakitangan-kakiltangan pejabat seperti di Perintah Am 14 (ii) dalam Kumpulan-kumpulan Perkeranian dan Teknik atau Kakitangan Rendah dan Buruh Kasar yang dipanggil bertugas lebih daripada masa bekerja biasa tiap-tiap hari termasuk hari rehat mingguan dan hari kelepasan am yang melebihi 14 hari yang berturut-turut. Bayaran lebihmasa akan dibayar mulai daripada hari yang ke 15. Bayaran lebihmasa bagi 14 hari yang pertama itu boleh juga dibayar apabila Ketua Pejabat tidak dapat memberi pegawai itu cuti seperti dalam Perintah- Perintah Am Bab C bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan yang berikut dengan masa menjalankan tugas yang lebih itu. (ii) Juruteknik (melainkan juruteknik tingkatan khas dan tertinggi), juruteknik rendah dan lain-lain pegawai yang setaraf yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan untuk mendapat bayaran lebihmasa kerana menyelia pekerja-pekerja sambilan atau buruh buruh kontrek yang lebih daripada masa bertugas biasa. (iii) Mana-mana pegawai lain, termasuk mana-mana pegawai di dalam Perintah Am 14 dan juga juruteknik tingkatan khas dan tertinggi, yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mendapat bayaran lebihmasa. Pengecuali dari P.A. 14. 16. ( a ) Seseorang pegawai yang berkelayakan di bawah bab ini untuk mendapat bayaran lebihmasa yang dikehendaki tinggal di atas panggilan seperti yang ditetapkan oleh Ketua Jabatannya mengikut Perintah Am 18, boleh dibayar bayaran lebihmasa atas kadar kerja siang atau malam mengikut mana yang berkenaan tidak melebihi bayaran bagi satu jam pada tiap-tiap giliran yang ia dikehendaki tinggal di atas panggilan itu dengan syarat tuntutan ini tidak melebihi 10 jam dalam satu-satu bulan itu, iaitu tidak kira berapa banyak giliran atau jam yang ia telah dikehendaki tinggal di atas panggilan dalam bulan itu. Untuk tujuan Perintah Am ini, giliran-giliran dalam satu hari akan dianggap sebagai satu giliran sahaja. Satu hari akan dikira bermula pada jam 12 tengah malam hingga jam 12 tengah malam yang berikutnya. Tinggal di atas panggilan. ( b ) Apabila seseorang pegawai yang sedang di atas panggilan itu akhirnya dipanggil bertugas lebihmasa, maka ia boleh menerima bayaran lebihmasa seperti biasa tetapi ia tidak akan layak mendapat bayaran kerana tinggal di atas panggilan seperti di (a) bagi giliran Tidak ada bayaran tinggal atas panggilan bila lebihmasa dilakukan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy