Bab G

III. LEBIHMASA Bila bayaran boleh dibayar. 11. Apabila seseorang pegawai yang lain daripada mereka dalam Perintah Am 14 dikehendaki bekerja lebih daripada masa bekerja biasa yang disyaratkan baginya, atau dipanggil bertugas dalam masa kecemasan maka ia boleh diberi bayaran lebihmasa mengikut kadar- kadar yang ditetapkan dan jenis tugas kerja yang dijalankan. Bayaran lebihmasa tidak boleh dibuat dalam keadaan seperti dalam Perintah Am 20. Jenis kerja bagi lebih- masa. 12. Takrif yang berikut akan dipakai bagi menentukan jenis-jenis kerja yang boleh dibayar bayaran lebihmasa: "Kerja Siang" bermakna sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 6 pagi hingga 10 malam. "Kerja Malam" bermakna sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 10 malam hingga 6 pagi. "Kerja Kecemasan" bermakna sebarang tugas yang diistiharkan oleh Ketua Jabatan sebagai tugas kecemasan yang memerlukan tenaga pekerja lebih daripada biasa. Masa seseorang pegawai sedang bertugas biasa yang diistiharkan sebagai kecemasan akan dianggap sebagai termasuk dalam kerja kecemasan. Lazimnya kerja kecemasan ini ialah bagi memulihkan semula perhubungan-perhubungan atau perkhidmatan-perkhidmatan penting yang terputus atau terganggu; atau memelihara perhubungan-perhubungan atau perhkidmatan-perkhidmatan tersebut daripada terganggu atau terancam. Sesuatu kecemasan itu hendaklah dianggap berakhir bila perhubungan-perhubungan telah tersambung semula atau perkhidmatan-perkhidmatan penting telah berjalan semula; atau apabila kedua-duanya lepas daripada gangguan atau ancaman. Kadar-kadar bayaran lebihmasa. (9A). 13. Kadar-kadar bayaran bagi kerja-kerja di Perintah Am 12 adalah dikira dengan mendarab bayaran sejam dengan gandaan bayaran seperti dalam Lampiran A. Bayaran sejam bagi seseorang pegawai adalah diperolehi dengan membahagi gaji tahunannya dengan faktor 313 x 8. Pegawai yang tiada layak mendapat bayaran lebihmasa. (5) 14. Pegawai-pegawai yang berikut adalah tidak layak untuk mendapat bayaran kerana bekerja lebihmasa: (i) Pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas dan Kumpulan Kerja dan Separa Ikhtisas. (ii) Kakitangan-kakitangan pejabat seperti kerani, jurutrengkas, jurutaip, pelayan pejabat dan lain-lain lagi kakitangan dalam pejabat; mukasurat 2

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy