Bab G
4. Pejabat-pejabat yang memerlukan satu waktu bekerja yang berlainan daripada Perintah Am 1 dan 2 hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Mengadakan waktu bekerja yang berlainan. 5. Semua pegawai, termasuk Ketua-ketua Jabatan sendiri, hendaklah mematuhi waktu-waktu bekerja dan hadir di pejabat- pejabat dalam masa yang ditetapkan. Seseorang pegawai yang hendak meninggalkan pejabatnya di waktu bekerja hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pegawai yang menjaganya sebelum berbuat demikian. Mematuhi waktu bekeria. (1). II. WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT 6. Apabila seseorang pegawai dikehendaki bekerja sehari biasa, maka ini akan meliputi satu masa bekerja atau giliran bekerja sebanyak lapan jam melainkan seperti dinyatakan dalam Perintah Am 7. Bila sesuatu jenis kerja itu tidak bersambung terus menerus maka waktu bekerja sehari biasa itu boleh jadi lebih daripada lapan jam tetapi tidak boleh melebihi 12 jam. Kerja sehari biasa. (2). 7. Pekerjaan dalam seminggu hendaklah mengandungi enam masa bekerja atau giliran iaitu terdiri dari 5 masa bekerja sebanyak 8 jam sekali dan satu giliran sebanyak 6 jam sekali. Seseorang pegawai hendaklah diberi satu hari dalam seminggu sebagai hari rehat. Kerja seminggu. (2 & 10). 8. Di mana sesebuah Jabatan dikehendaki memberi perkhidmatan selama 7 hari dalam seminggu, Ketua Jabatan patutlah, bila ini dapat dilaksanakan dengan mudah dan tanpa mengganggu perkhidmatan, mengatur hari bertugas pegawai-pegawainya sebegitu cara supaya tiap-tiap pegawai itu boleh diberi hari rehat mingguannya mengikut ugamanya. Hari mingguan mengikut ugama. mukasurat 1 Rehat makan. (3). 9. Waktu rehat untuk makan akan diberi sebanyak satu jam semasa dalam waktu bekerja 8 jam. Waktu ini boleh juga ditambah kalau perlu atau difikirkan lebih menasabah selama 15 minit lagi dengan syarat masa bekerja juga ditambah sebanyak 15 minit lagi. Menunaikan sembahyang Jumaat. (18). 10. Di mana seseorang pegawai yang berugama Islam tidak dapat diberi hari rehat mingguan pada hari Jumaat maka masa yang berpatutan bolehlah diberi kepadanya untuk menunaikan sembahyang Jumaat.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy