Bab G
IV. PELBAGAI 17. Ketua Jabatan boleh menghendaki pegawai berkhidmat di luar masa biasa. 18. Peraturan tunggu panggilan di rumah. 19. Permulaan dan akhir tugas. 20. Masa dalam perjalanan. LAMPIRAN "A' mukasurat iii PERINTAH-PERINTAH AM BAB G WAKTU BEKERJA DAN LEBIHMASA PERINTAH-PERINTAH Am yang berikut telah dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan. [Berkuatkuasa mulai dari 1hb Februari, 1974] I. WAKTU BEKERJA PEJABAT 1. Waktu-waktu bekerja biasa yang berikut akan dipakai bagi semua pejabat iaitu: waktu bekerja biasa. (1) Hari Bekerja Penuh ... 8 pagi hingga 4 petang Hari Bekerja Separuh ... 8 pagi hingga 12.45 tengahari 2. Pada hari-hari bekerja penuh, waktu rehat untuk makan akan diberi dari jam 12.45 tengahari hingga 2 petang. Rehat makan. (1) 3. Pegawai-pegawai yang berugama Islam yang berkhidmat di negeri-negeri di mana Jumaat bukan hari rehat mingguan boleh dibenarkan meninggalkan tempat bekerja untuk menunaikan fardhu Jumaat mulai jam 12 tengahari. Menunaikan sembahyang Jumaat. (18)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy