Bab F

( b ) Bayaran perundingan yang akan di kenakan kepada doktor prevet yang memanggil pegawai perubatan itu hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Kadar Bayaran Perundingan. 17. ( a ) Seseorang pegawai perubatan yang tidak diwartakan sebagai pakar boleh menerima semua bayaran perundingan yang dibuat kepadanya oleh seseorang doktor prevet kerana telah dipanggil untuk rundingan oleh doktor tersebut. Tetapi sebarang bayaran perundingan yang sama yang telah diterima oleh seorang pegawai pakar hendaklah dimasukan sebagai hasil am Persekutuan. Bayaran Perundingan Yang Boleh Diterima Oleh Pegawai Perubatan. (54). ( b ) Pegawai perubatan yang dipanggil sebagai saksi biasa dan bukan untuk memberi keterangan pakar dalam mana-mana perbicaraan sivil, hanya akan layak mendapat perbelanjaan kerana menghadiri mahkamah dan bukan kerana bayaran pakar dari pihak yang memanggilnya. Bayaran Sebagai Saksi Biasa. (55). III. LEMBAGA PERUBATAN 18. Apabila diterima permohonan-permohonan daripada mana-mana Ketua Jabatan. atau Kuasa-kuasa Tertentu seperti dalam Perintah- perintah Am Bab C atau Perintah Am 7 dalam bab ini supaya diperiksa kesihatan seseorang pegawai oleh sebuah Lembaga Perubatan, maka Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh melantik mana-mana pegawai perubatan yang difikirkannya sesuai untuk menjadi ahli-ahli Lembaga tersebut. Lazimnya, sesebuah Lembaga hendaklah mengandungi tidak kurang daripada dua orang pegawai perubatan dengan seorang daripada mereka, di mana boleh, hendaklah sebaik-baiknya ahli dalam jenis penyakit atau kecederaan yang dialami oleh pegawai tersebut. Dalam keadaan-keadaan teristimewa dan dengan persetujuan Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu yang memohon, Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh melantik seorang doktor prevet yang difikirkannya sesuai sebagai ahli Lembaga Perubatan. Ahli-ahli Lembaga Perubatan (61). mukasurat 5 Bila Lembaga Boleh Dipanggil (60). 19. Bersesuaian dengan peruntukan-peruntukan dalam Perintah- perintah Am Bab C dan dalam bab ini, Lembaga Perubatan boleh dipanggil: (i) apabila seseorang pegawai didapati masih tiada sihat setelah menghabiskan semua cuti-cuti sakit biasanya; (ii) apabila seorang pegawai perubatan berpendapat bahawa tiada harapan untuk pegawai menjadi sihat untuk bertugas;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy