Bab F

catitan rawatan pegawai perubatan yang bertanggungjawab tentang pesakit tersebut yang menunjukkan jenis penyakit dan lama dihidapinya sebelum kematian, dan menyatakan samada penyakit itu telah disebabkan atau bertambah buruk oleh sebab sebarang kemalangan, dan jika ada kemalangan memberi butir-butir lanjut berkenaan dengannya. Kematian Yang Memerlukan Siasatan Mahkamah. (16). 13. Apabila seseorang pesakit dalam sesebuah hospital atau sesiapa juga pun yang sedang dirawati oleh seorang pegawai perubatan di mana-mana: (i) mati dengan mengejut; (ii) mati yang diakibatkan secara langsung dari satu kemalangan; atau (iii) mati dalam keadaan-keadaan yang menimbulkan syak wasangka; maka pegawai perubatan yang berkuasa di hospital itu atau pegawai yang merawat itu hendaklah menghantar satu lapuran dengan segera kepada pegawai Polis yang berkuasa bagi daerah Polis yang berkenaan supaya, boleh diadakan satu penyiasatan mahkamah dengan seberapa segera di atas kematian tersebut. mukasurat 4 14. Ketua Pengarah Kesihatan atau mana-mana Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh menimbangkan untuk mengurangkan atau menghapuskan bayaran- bayaran hospital seperti yang dikenakan kepada orang ramai ataupun bagi penggunaan ambulan hospital memandangkan kepada kedudukan seseorang pesakit itu. Satu penyata suku tahun tentang bayaran-bayaran yang dikurangkan atau dihapuskan hendaklah dihantar kepada Perbendaharaan dan salinannya kepada Juru Odit Negara. Kuasa Mengurang- kan/Meng- hapuskan Bayaran Hospital/ Ambulan. (38 & 41). 15. Seseorang pegawai perubatan yang dipanggil oleh seorang doktor prevet untuk membantunya di dalam satu kes kecemasan, adalah tidak dibenarkan menerima apa-apa bayaran melainkan dari doktor prevet yang bertanggungjawab tentang kes tersebut. Membantu Dalam Kes Prevet. (14). 16. ( a ) Seseorang pegawai perubatan yang dirundingi oleh seorang doktor prevet tentang satu kes di bawah jagaan doktor prevet itu hendaklah dalam tiap-tiap hal memberi pendapatnya serta rawatan- rawatan yang disyorkan kepada doktor prevet itu. Memberi Pendapat/ Rawatan Dalam Perundingan. (50).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy