Bab F

keluarga pegawai yang meninggal dunia semasa dalarn perkhidmatan seperti di Lampiran B. ( b ) Sekiranya keluarga pegawai dimasukkan ke dalam hospital, maka mereka akan dikehendaki membayar bayaran wad sebanyak yang patut mereka bayar sekiranya pegawai itu masih hidup lagi sebagai seorang pesara. Kadar Bayaran Wad. mukasurat 3 II. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERUBATAN Kuasa Pegawai Perubatan. (15). 10. ( a ) Walau apapun peruntukan-peruntukan lain dalam bab ini, adalah dalam bidang tanggungjawab seseorang pegawai perubatan yang sedang bertugas di mana-mana hospital untuk memasukan sesiapa sahaja ke dalam hospital apabila pada pandangannya seseorang itu memerlukan rawatan yang segera. Kuasa Ketua Jabatan Perubatan Negeri Bagi Penyakit Merebak. (19). ( b ) Adalah dalam. bidang kuasa seseorang Ketua Jabatan Perubatan Negeri untuk memasukan ke mana-mana hospital dalam Negeri itu sebarang kes penyakit merebak. Untuk tujuan Perintah Am ini, satu kes penyakit merebak ialah sebarang penyakit merebak yang telah diistiharkan oleh Menteri Kesihatan dari semasa ke semasa di dalam Warta Kerajaan sebagai penyakit merebak. Pemeriksaan Mayat. (18). 11. ( a ) Pegawai-pegawai perubatan adalah dikehendaki menjalankan pemeriksaan-pemeriksaan mayat apabila: (i) diperintahkan secara bertulis oleh seseorang Majisteret; atau, (ii) dipohon secara bertulis oleh seseorang pegawai Polis, yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor. Dimana boleh, semua mayat-mayat hendaklah dibawa ke rumah mayat untuk pemeriksaan tersebut. (18). ( b ) Pemeriksaan-pemeriksaan mayat dalam kes-kes lain hendaklah dengan persetujuan waris si mati. Melapur Kematian di Hospital. (17). 12. ( a ) Apabila seseorang pesakit di hospital meninggal dunia, maka pegawai perubatan yang bertugas hendaklah melapurkan kematian ini dengan serta-merta kepada saudaramara si mati yang berhampiran. Kematian Seorang Gila. ( b ) Apabila si mati itu ialah seorang yang gila, satu lapuran hendaklah juga dihantar oleh pegawai perubatan yang menjaga hospital kepada seorang Majisteret dengan menyertakan cabutan dari

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy