Bab F
(ix) "Yayasan Perubatan Persekutuan" bermakna sebarang hospital atau yayasan perubatan yang diistiharkan oleh Kerajaan sebagai Yayasan Perubatan Persekutuan dari semasa ke semasa. I. RAWATAN PERUBATAN UNTUK PEGAWAI-PEGAWAI Rawatan Percuma di Hospital/ Klinik Pesakit Luar. (4). 2. Pegawai-pegawai dan keluarga mereka yang jatuh sakit akan mendapat rawatan, ubat dan rawatan perubatan atau pergigian yang percuma yang ada pada Kerajaan termasuklah pembekalan alat-alat otopidik dan anggota-anggota palsu tetapi tidak termasuk pembekalan gigi palsu. Rawatan-rawatan percuma ini akan diberi di hospital- hospital dan di klinik-klinik pesakit luar. Di mana ubat-ubat yang perlu untuk rawatan seseorang pegawai tidak diperolehi di dalam stor ubat Kerajaan, maka Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh mengarahkan pembelian tempatan ubat-ubat tersebut. Rawatan di Hospital Yang Berhampiran. (9). 3. Pegawai-pegawai dan keluarga mereka hendaklah mendapatkan rawatan mereka di hospital-hospital atau klinik-klinik Kerajaan yang berhampiran dengan stesyen mereka. Sekiranya seseorang pegawai perubatan tempatan mengesahkan bahawa seseorang pegawai itu atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai perubatan di tempat lain, maka dia atau keluarganya boleh menuntut elaun-elaun seperti dalam Bab B Perintah-perintah Am seolah-olah dia atau keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan resmi. Tetapi sekiranya pegawai itu sendiri ingin hendak mendapatkan rawatan dari seorang pegawai perubatan di tempat lain tanpa nasihat dari pegawai perubatan tempatan maka elaun-elaun seperti di atas tidak boleh dituntut. Rawatan Prevet Bayar Sendiri. (13). 4. Seseorang pegawai yang mendapat rawatan dari seorang doktor prevet akan menanggung segala perbelanjaan bersabit dengan rawatan tersebut. Sebagai seorang pesakit kepada seseorang doktor prevet, dia juga akan dikehendaki membayar apa-apa bayaran perundingan apabila doktor tersebut memanggil seorang pegawai perubatan atau doktor pergigian untuk rundingan atas kesnya. Bayaran Bersalin Bukan di Hospital. (15). 5. Apabila isteri kepada atau seseorang pegawai memilih untuk bersalin di tempat yang lain daripada hospital dan dia dirawati oleh seorang pegawai perubatan, maka. pegawai perubatan itu boleh mengenakan satu bayaran mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan. Bayaran sedemikian tidak akan dikenakan apabila isteri atau pegawai itu dinasihatkan untuk bersalin di rumah oleh seseorang pegawai perubatan mukasurat 2
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy