Bab F

bawah 18 tahun; atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani had-had umur ini tidak akan dipakai. Istilah "anak" akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. Untuk tujuan bab ini, balu seseorang pegawai akan juga dianggap sebagai keluarga pegawai selagi ia tidak berkahwin semula. (iv) "Lembaga Perubatan" bermakna sebarang Lembaga yang ditubuhkan mengikut Perintah Am 18. (v) "Panel Doktor" bermakna seseorang doktor prevet yang diluluskan oleh Kerajaan untuk menjadi ahli Panel Doktor bagi tujuan mengeluarkan Sijil Sakit (seperti yang ditafsirkan dalam Bab C) yang tidak perlu ditandatangan timbal oleh seseorang pegawai perubatan sebelum boleh diterima oleh Ketua Jabatan. (vi) "Pegawai" bermakna mana-mana pegawai atau pesara dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri. (vii) "Pegawai Perubatan" bermakna seseorang doktor perubatan atau doktor pergigian berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia dan bagi maksud Perintah-Perintah Am 6 dan 32 termasuk seseorang doktor perubatan atau doktor pergigian yang berkhidmat dengan sebarang hospital universiti atau Angkatan Tentera Malaysia. (viii) "Perundingan" bermakna sebarang masa yang seseorang pesakit luar yang bukannya pesakit sebarang hospital atau yayasan perubatan Kerajaan dirujukkan oleh seseorang doktor prevet kepada seseorang pegawai perubatan (atau doktor pergigian mukasurat 1 jika kes pergigian) untuk mendapatkan pandangan atas kesnya itu. Bagi kes pergigian, sebarang rujukan oleh pegawai perubatan tentang seseorang pesakit yang membayar di hospitalnya kepada seorang doktor pergigian atau pakar pergigian akan dianggap sebagai perundingan juga. Apabila seseorang doktor prevet hanya meminta supaya pesakitnya dimasukkan ke dalam hospital, ini tidak akan dianggap sebagai perundingan. Sebarang keraguan tentang samada satu-satu rujukan itu boleh dianggap sebagai perundingan akan diputuskan oleh Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan, mana yang berkenaan, dan sebarang rayuan dari keputusannya itu akan diputuskan secara muktamad oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy