Bab F

25. Pegawai perlu mengemukakan surat pejabat. 26. Pembayaran bil: Ketua Jabatan memotong gaji. V. PELBAGAI 27. Perlantikan sebagai pegawai pakar. 28. Rawatan untuk kakitangan Jabatan Perubatan. 29. Pemeriksaan untuk bekerja dengan Kerajaan / berkrusus / belajar. 30. Rawatan percuma untuk pelatih. 31. Syarat-syarat mendapatkan rawatan. 32. Surat ubat. 33. Penggunaan ambulan. LAMPIRAN A - Bayaran Wad. LAMPIRAN B - Kad Pengenalan bagi Keluarga Pegawai yang Meninggal Dunia. LAMPIRAN C - Lapuran Lembaga Perubatan. LAMPIRAN D - Surat Pengenalan dan Akuan. mukasurat iv PERINTAH-PERINTAH AM Bab F PERUBATAN PERINTAH-PERINTAH Am yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan. [ Berkuatkuasa mulai dari 1hb Mac, 1974. ] 1. Dalam bab ini: Tafsiran. (i) "Doktor prevet" bermakna seseorang doktor perubatan atau doktor pergigian berdaftar yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia. (ii) "Hospital" bermakna sebarang hospital Kerajaan dan termasuk mana-mana hospital universiti, klinik-klinik Kerajaan dan lain- lain yayasan perubatan Persekutuan. (iii) "Keluarga pegawai" bermakna, bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak- anaknya. Di mana ada disebutkan dalam bab ini tentang rawatan percuma yang boleh diberi kepada keluarga seseorang pegawai, maka anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy