Bab F
pegawai perubatan jika ia hendak terus mendapat ubat-ubat, bantuan dan rawatan perubatan. 32. Ubat-ubat dan perbekalan-perbekalan ubat tidak akan dikeluarkan secara percuma atau pun secara bayaran kepada mana-mana pegawai atau keluarganya melainkan dengan dikemukakan suratubat dari seorang pegawai perubatan atau dari seorang doktor prevet. Suratubat yang dikeluarkan oleh seseorang doktor prevet hendaklah terlebih dahulu di lihat dan ditandatangani oleh seorang pegawai perubatan sebelum boleh dipenuhi. Ubat-ubat hanya akan dikeluarkan sekali sahaja bagi tiap-tiap satu suratubat, melainkan jika ada dinyatakan sebaliknya di dalam suratubat tersebut oleh pegawai perubatan atau doktor prevet. Suratubat. (5). 33. Seseorang pegawai perubatan, atas budibicaranya sendiri dan tertakluk kepada kepentingan hospital, boleh membenarkan penggunaan sesebuah ambulan untuk membawa seseorang pegawai atau keluarganya yang tiada harapan hidup lagi dari hospital ke rumahnya apabila permohonan dibuatnya sendiri atau oleh saudaramaranya yang rapat. Bayaran batu perjalanan bagi penggunaan ambulan adalah seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Penggunaan Ambulan. mukasurat 9 LAMPIRAN A BAYARAN WAD KADAR-KADAR BERIKUT IALAH BAYARAN WAD SEHARI DI HOSPITAL-HOSPITAL DAN LAIN-LAIN YAYASAN PERUBATAN KERAJAAN YANG DIKENAKAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI, PESARA-PESARA DAN KELUARGA-KELUARGA MEREKA. (P. A. "F" 21) WAD AM DAN BERSALIN - Gaji Pegawai / Pesara Sebelum Bersara Bayaran Harian KELAS I: Pegawai Pesara* Bilik seorang .. $990 sebulan dan ke atas $8.00 $4.00 Bilik berdua .. $680 sebulan ke atas tetapi di bawah $990 1% daripada gaji tetapi tidak melebihi $8.00 ½ % daripada gaji tetapi tidak melebihi $4.00 Bilik bertiga atau Iebih $380 sebulan dan ke atas tetapi di bawah $680 1% daripada gaji ½ % daripada gaji tetapi tidak melebihi $3.40
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy