Bab F
Daripada 12 Jam. (35). pegawai perubatan yang menjaga hospital berdasarkan kepada samada pegawai itu telah diberi rawatan dan makanan. mukasurat 6 23. ( a ) Seseorang pegawai atau keluarganya yang meminta untuk dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi kelasnya daripada yang ia berhak, boleh dimasukkan ke dalam wad yang dipinta itu mengikut budibicara pegawai perubatan yang menjaga hospital. Pegawai atau keluarganya akan dikehendaki membayar bayaran wad seperti yang dikenakan kepada orangramai dan dia boleh dikehendaki membayar cengkeram atau mengemukakan jaminan pembayaran yang memuaskan. Walau bagaimanapun pegawai atau keluarganya itu akan terus mendapat rawatan, ubatan atau lain-lain rawatan, seperti X-ray atau pembedahan yang percuma. Pegawai Masuk Wad Kelas Tinggi ( b ) Seseorang pegawai atau keluarganya yang terpaksa atau memilih untuk dirawat di dalam wad yang lebih rendah kelasnya daripada yang ia berhak akan dikehendaki membayar bayaran maksima kelas wad tersebut yang lazimnya patut dibayar oleh seseorang pegawai yang berhak yang telah mencapai tanggagaji maksima bagi wad kelas tersebut. Pegawai Masuk Wad Kelas Rendah. (33). 24. ( a ) Walau apa pun peruntukan dalam Perintah Am 21 ( c ), anak seseorang pegawai yang dimasukkan ke dalam hospital sebagai seorang murid sekolah seperti yang disebutkan di ( c ) akan dikecualikan dari sebarang bayaran hospital apabila ia dimasukkan ke dalam wad Kelas Dua dan dengan syarat ia ada mengemukakan satu surat pengenalan dari guru besarnya. Di mana pegawai berkehendakkan anaknya dirawat di dalam wad Kelas Satu, maka kadar bayaran seperti di Perintah Am 21 akan dikenakan sekiranya pegawai sememang berkelayakan untuk mendapat rawatan di Kelas Satu atau mengikut kadar untuk kanak-kanak yang bukan anak-anak pegawai sekiranya pegawai itu tidak berkelayakan bagi Kelas Satu. Murid-murid Sekolah Percuma. ( b ) Bagi kes pergigian, peraturan yang sama seperti di ( a ) akan diikuti Kes Pergigian. ( c ) Untuk tujuan Perintah Am ini, murid-murid sekolah yang boleh menerima faedah seperti di atas ialah mereka yang masih belajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah tetapi tidak melebihi tingkatan lima. Murid-murid Yang Berkelayakan. 25. Tiap-tiap pegawai yang dimasukkan ke hospital atau yang ingin mendapat rawatan di klinik-klinik Kerajaan akan dikehendaki mengemukakan satu surat dari Ketua Jabatannya yang menyatakan tentang nama, jawatan dan gajinya, beserta dengan satu perakuan dari pegawai tersebut membenarkan Ketua Jabatannya memotong gajinya bagi menjelaskan apa-apa bayaran yang dikenakan oleh Pegawai Perlu Mengemukakan Surat Pejabat. (29,44).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy