Bab F

(iii) apabila pada, tiap-tiap tahun dalam masa tiga tahun yang berturut-turut pegawai itu telah bercuti sakit sebanyak 45 hari atau lebih; (iv) apabila kesiuman otak atau kesihatan badan pegawai diragu- ragukan; (v) apabila pegawai telah tercedera semasa bertugas; (vi) apabila pegawai disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barah; (vii) apabila pegawai atau keluarganya perlu diperiksa untuk mendapatkan rawatan di luar negeri kerana tiada rawatan sedemikian di negeri ini. Lapuran Lembaga. (62). 20. Lapuran mana-mana Lembaga Perubatan akan dikemukakan terus kepada Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu yang telah memohon dijalankan pemeriksaan tersebut. Lapuran Lembaga Perubatan akan dikemukakan dalam bentuk seperti di Lampiran C. IV. BAYARAN DAN PERATURAN WAD Bayaran Wad. (Bab c. 31). 21. (a) Sungguhpun pegawai-pegawai dan keluarga mereka boleh diberi rawatan dan ubat-ubat yang percuma di hospital-hospital atau di klinik-klinik, mereka akan dikehendaki membayar bayaran wad apabila dimasukkan ke hospital mengikut kadar-kadar dalam Lampiran A, melainkan dalam kes seperti di (b) atau bagi penyakit tibi kusta, dan barah yang adalah percuma. Di mana orangramai akan dikecualikan daripada membayar bayaran wad kerana mengidap penyakit merebak, seseorang pegawai yang mengidap penyakit yang sama akan juga dikecualikan dari membayar bayaran wad. Pengecualian Bayaran Wad Bila Sakit di Luar Ibu Pejabat. (b) Seseorang pegawai yang jatuh sakit atau menerima kecederaan semasa menjalankan tugas resminya di luar ibu pejabatnya akan dikecualikan daripada membayar bayaran wad apabila ia terpaksa dimasukkan ke dalam hospital di luar ibu pejabatnya. Bayaran Wad Sama Bagi Keluarga Pegawai. (c) Keluarga pegawai adalah berkelayakan untuk dimasukkan ke dalam kelas wad yang sama seperti pegawai sendiri dan mereka akan dikenakan bayaran wad yang sama dengan pegawai melainkan bagi kes seperti dalam Perintah Am 24. Pengiraan Bayaran Wad. (35). 22. (a) Bayaran wad ialah bagi satu hari yang dikira dari jam seseorang pegawai itu dimasukkan ke dalam hospital. Sebahagian hari yang melebihi 12 jam akan dikira sebagai satu hari penuh. Bagi pegawai yang tinggal di hospital lebih daripada satu hari, sebarang baki hari yang kurang daripada 12 jam tidak akan diambil kira. Pegawai Yang Tinggal Kurang (b) Walau apa pun peruntukan di (a) seseorang pegawai yang dimasukkan ke dalam hospital bagi masa yang kurang daripada 12 jam baleh dikenakan bayaran penuh bagi satu hari mengikut budibicara

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy