Bab E

Letrik, air dll. tanggungan pegawai. (27 & 28). 18. Melainkan jikalau dikecualikan, pegawai-pegawai akan dikehendaki membayar sendiri bayaran-bayaran yang berkenaan dengan perkhidmatan membuang sampah, najis, letrik dan air termasuk apa-apa cengkeram yang disyaratkan oleh pembekal-pembekal perkhidmatan-perkhidmatan tersebut. Sewa rumah kelas tinggi dari pegawai berhak. 19. Seseorang pegawai yang telah dibenarkan mendiami sesebuah rumah Kerajaan yang kelasnya adalah lebih tinggi daripada yang ia berhak mendapat mengikut Lampiran A, boleh dikehendaki oleh Ketua Setiausaha Negara membayar sewa mengikut sewa bagi kelas rumah yang ia patut mendapat. Sewa rumah kelas rendah dari pegawai berhak. (23). 20. Seseorang pegawai yang telah diberi rumah yang kelasnya adalah lebih rendah daripada yang ia berhak mendapat kerana tiada kekosongan rumah dalam kelas yang ia berkelayakan mendapat, boleh dikehendaki membayar sewa yang sama banyak dengan sewa yang patut dibayar oleh seseorang pegawai yang bergaji paling tinggi untuk kelas rumah tersebut seperti di Lampiran A mengikut gandaan sewa namaan atau peratus gaji, yang mana satu terkurang. Sewa digandakan bila pegawai ingkar pindah. (23). 21. Seseorang pegawai yang telah diuntukkan rumah mengikut Perintah Am 19 atau 20 boleh dikehendaki oleh Pegawai Perumahan berpindah ke rumah yang ia berkelayakan bila ada kekosongan dalam rumah kelas yang berkenaan. Sekiranya pegawai itu ingkar berpindah, ia akan dikehendaki oleh Pegawai Perumahan membayar sewa dua kali ganda dari sewa yang ia sedang membayar dikira dari tarikh ia diberi notis berpindah itu. mukasurat 4 22. Seseorang pegawai yang telah diberi pinjaman perumahan dan masih tinggal di rumah Kerajaan bila rumah yang dibinanya telah siap didirikan boleh dikenakan sewa sebanyak dua kali ganda sewa yang patut dibayarnya seperti di Lampiran C. Peraturan ini tidak akan dikuatkuasakan bagi pegawai-pegawai yang mengikut syarat-syarat perkhidmatan mereka berhak mendapat perumahan yang percuma atau dikehendaki diam di rumah-rumah khas Jabatan atau rumah- rumah yang telah dibina oleh mereka dengan pinjaman perumahan itu terletak di luar kawasan ibu pejabat tempat mereka bertugas. Sewa bagi pegawai yang mendapat pinjaman perumahan. (19). 23. ( a ) Apabila dua atau lebih pegawai dibenarkan berkongsi rumah, maka mereka akan dikehendaki membayar bahagian yang sama banyak dari gandaan sewa namaan rumah tersebut yang lazimnya akan dibayar oleh seseorang pegawai bagi kelas rumah tersebut yang gajinya telah sampai kepada maksima bagi kelas rumah itu seperti dalam Lampiran A dengan syarat gaji maksima bagi rumah Kelas A akan dianggap tidak melebihi $2,300 sebulan. Sewa pegawai- pegawai berkongsi rumah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy