Bab E

( b ) Pegawai itu juga adalah dikehendaki melapurkan tarikh sebenar ia masuk ke rumah tersebut kepada Pegawai Perumahan yang akan memberitahu Ketua Pejabatnya supaya memotong sewa dari gajinya pada tiap-tiap bulan. Salinan-salinan pemberitahuan Pegawai Perumahan Perumahan itu hendaklah juga dihantar kepada Akauntan Negara dan Juru Odit Negara. Lapuran tarikh masuk kepada Pegawai Perumahan. 14. ( a ) Seseorang pegawai yang akan berpindah dari rumab Kerajaan hendaklah melapurkan hal itu kepada Jabatan Kerja Raya tempatan dan juga Pegawai Perumahan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh ia bercadang hendak mengosongkan rumah tersebut. Lapuran kosongkan rumah. (11). mukasurat 3 Pegawai mesti serah kunci dll. ( b ) Pegawai itu juga akan dikehendaki menyerahkan semua kunci- kunci rumah tersebut kepada Jabatan Kerja Raya tempatan dan menandatangani satu sijil akuan keluar rumah seperti di Lampiran F. III. KADAR SEWA, PEMBAYARANNYA DAN LAIN-LAIN BAYARAN Sewa mengikut gandaan sewa namaan. 15. ( a ) Tiap-tiap rumah Kerajaan, termasuk rumah-rumah yang disewa khas oleh Kerajaan di Malaysia atau di seberang laut, adalah diberi sewa namaan mengikut kelas rumah tersebut seperti dalam Lampiran B. Pegawai-pegawai yang mendiami mana-mana rumah Kerajaan, atau yang disewa khas oleh Kerajaan itu, melainkan mereka yang dikecualikan mengikut syarat-syarat perkhidmatan mereka, akan dikehendaki membayar sewa sebanyak gandaan tertentu dari sewa namaan yang ditetapkan, atau peratus tertentu daripada gajinya mengikut jenis dan tempat rumah seperti dalam Lampiran B dan C. Kadar sewa perabut. (18). ( b ) Tiap-tiap rumah yang disediakan dengan perabut-perabut seperti yang disenaraikan dalam Lampiran D akan dikenakan sewa perabut yang berasingan seperti dalam Lampiran B. Sewa dikira dari hari masuk. 16. Sewa rumah dan sewa perabut akan dikira dari hari seseorang pegawai itu masuk ke rumah tersebut dan akan dijelaskan secara bulanan. Sewa akan berakhir di hari sebenar pegawai itu mengosongkan rumah tersebut setelah memberitahu Pegawai Perumahan. Sewa dipotong dari gaji. (23). 17. ( a ) Adalah menjadi tugas Ketua Jabatan untuk memotong dari gaji seseorang pegawai di bawah jagaannya pada tiap-tiap bulan sewa rumah dan sewa perabut kerana mendiami rumah Kerajaan apabila diterima permintaan sedemikian dari Pegawai Perumahan. Sewa akhir mesti dikutip. (26). ( b ) Ketua Jabatan juga akan bertanggungjawab menentukan bahawa sewa akhir dikutip dari seseorang pegawai yang akan berhenti kerja, bersara, bertukar, bercuti atau sebagainya lagi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy