Bab E

8. Pegawai-pegawai adalah dilarang membuat tambahan atau pindaan kepada mana-mana bahagian dalam atau luar rumah tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Kerja Raya tempatan. Mereka juga akan bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan atau kekurangan kepada bangunan atau perabut-perabut di dalamnya yang bukan disebabkan oleh penggunaan yang sepatutnya. Meminda rumah dilarang. (7). 9. Pegawai-pegawai adalah dilarang daripada menyewakan mana- mana bahagian rumah yang telah diuntukkan kepadanya. Selain daripada keluarga pegawai dan orang-orang gajinya, serta tetamu- tetamu sementara, tidak ada orang lain yang boleh dibenarkan tinggal dalam rumah tersebut. Sesebuah rumah itu juga tidak boleh digunakan selain daripada tempat kediaman pegawai sendiri. Menyewa dilarang. (9). 10. Pegawai-pegawai adalah juga dilarang daripada mernelihara binatang-binatang ternakan, termasuk ayam itik, di mana- mana bahagian rumah, di bawahnya atau dalam kawasannya. Larangan berternak binatang. (10). 11. Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai yang mendiami rurnah Kerajaan menjaga dengan sebaik-baiknya kebersihan dalam rumah dan juga dalam kawasan rumahnya, termasuk kerja-kerja memotong rumput dan membuang sampah sarap seperti tin-tin kosong, botol-botol dan lain-lain lagi. Tanggung- jawab membersih kawasan. (14). 12. ( a ) Tiap-tiap pegawai adalah dikehendaki melapurkan kepada Jabatan Kerja Raya apa-apa kerosakan atau kekurangan tentang rumah yang didudukinya apabila sahaja kerosakan atau kekurangan itu berlaku atau diketahui. Lapuran ini hendaklah dibuat di atas borang permintaan J.K.R. yang berkenaan. Kegagalan pegawai melapurkan hal ini boleh mewajibkannya membayar sebahagian atau semua perbelanjaan membaiki atau mengganti yang diperlukan. Tanggungjawab melapurkan kerosakan. (8). ( b ) Di mana kerosakan atau kekurangan di ( a ) atau ke atas perabut-perabut atau alat-alat perkakas Kerajaan telah disebabkan bukan oleh penggunaan yang berpatutan maka pegawai boleh dikehendaki membayar semua atau sebahagian daripada belanja membaiki atau mengganti seperti yang ditaksirkan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri atau belanja sebenar mengikut kontrek. Pegawai kena bayar kerosakan yang disebab- kannya. (11 & 13). 13. ( a ) Seseorang pegawai yang telah diuntukkan sebuah rumah Kerajaan oleh Pegawai Perumahan hendaklah melapurkan perkara itu kepada Jabatan Kerja Raya tempatan dengan menyatakan tarikh ia bercadang hendak memasuki rumah tersebut. la akan dikehendaki menandatangani satu sijil akuan masuk rumah mengambil alih tanggungjawab atas segala barang-barang, perkakas-perkakas dan perabut-perabut dalam rumah tersebut seperti di Lampiran E. Lapuran memasuki rumah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy