Bab E

Pegawai-pegawai yang ditempatkan bekerja di kedutaan-kedutaan atau pejabat-pejabat Kerajaan Malaysia di seberang laut. ( b ) Bagi pegawai-pegawai di ( a ) (iv) di atas, Kerajaan boleh memberi mereka sewaan yang berpatutan sebagai ganti menyediakan perumahan ataupun menyewakan rumah-rumah yang sesuai untuk kediaman mereka. Pegawai boleh menyewa rumah kerajaan. 4. Di mana Kerajaan telah sedia ada mempunyai rumah-rumah kediaman yang kosong, pegawai-pegawai yang bekerja dalam kawasan tersebut adalah layak memohon untuk mendiami rumah- rumah tersebut mengikut peraturan dan syarat-syarat kelayakan seperti yang dibekalkan dalam bab ini dan Lampiran A. Kerajaan berhak menguntuk rumah. (4). 5. ( a ) Walau apapun peruntukan lain dalam bab ini, Kerajaan berhak memperuntukkan sebarang rumah kediaman kepada mana-mana pegawai yang difikirkannya sesuai untuk mendapatkan rumah, atau menyuruh pegawai-pegawai berkongsi rumah. Pegawai boleh diarah kosongkan rumah. ( b ) Kerajaan atau Pegawai Perumahan boleh menghendaki seseorang itu mengosongkan sesebuah rumah Kerajaan untuk tujuan membaikinya atau lain-lain sebab yang munasabah dengan memberi tempoh satu bulan, tanpa bertanggungjawab memberi pegawai itu rumah lain sebagai gantinya. Rumah yang diuntukkan boleh ditarik balik. ( c ) Pegawai Perumahan berhak menarik balik mana-mana rumah yang telah diuntukkan kepada seseorang pegawai apabila pegawai itu tidak mengambil alih rumah tersebut dalam masa yang ditetapkan olehnya, yang biasanya tidak akan melebihi tempoh 30 hari. Sesebuah rumah yang telah ditarik balik itu boleh diuntukkan semula oleh Pegawai Perumahan kepada mana-mana pegawai lain yang telah memohon. Sewa rumah. (21). 6. Seseorang pegawai yang dibenarkan mendiami sesebuah rumah Kerajaan atau sesebuah rumah yang disewakan khas untuknya akan dikehendaki membayar sewa mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa melainkan jikalau ia telah dikecualikan daripada membayar sewa mengikut syarat-syarat perkhidmatannya. II. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI YANG MENDIAMI RUMAH KERAJAAN Pegawai mesti patuh peraturan. 7. Seseorang pegawai yang mendiami sesebuah rumah Kerajaan atau sesebuah rumah yang disewakan khas untuknya oleh Kerajaan, akan dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan dalam bab ini. mukasurat 2

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy