Bab E
(vi) "Rumah khas jawatan" bermakna sebarang rumah yang dikhaskan untuk seseorang pemegang jawatan tertentu seperti yang ditetapkan dalam bab ini atau oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa. I. RUMAH-RUMAH KEDIAMAN 2. ( a ) Kerajaan tiada bertanggungjawab untuk menyediakan rumah- rumah kediaman bagi pegawai-pegawainya melainkan sekadar yang dinyatakan dalam Perintah Am 3. Kerajaan tiada menyediakan rumah. (4). ( b ) Walau bagaimanapun di mana Kerajaan ada menyediakan rumah-rumah kediaman yang berhampiran dengan tempat bertugas pegawai-pegawai dengan tujuan supaya mereka tinggal di situ, atau Kerajaan mendirikan rumah-rumah khas untuk sesebuah Jabatan, maka Ketua Jabatan boleh menghendaki seseorang pegawai itu tinggal di rumah tersebut jika ini adalah untuk kepentingan perkhidmatan. Ketua Jabatan boleh arah pegawai pindah rumah. 3. ( a ) Kerajaan, atas budibicaranya sendiri dan dengan syarat ada rumah-rumah kediaman yang kosong, boleh menguntukkan rumah- rumah kediaman bagi pegawai-pegawai yang berikut sahaja: Pegawai yang boleh disediakan rumah. (i) Rumah Khas Jawatan (1) Pegawai-pegawai Tingkatan Utama termasuk Ketua Setiausaha Negara; dan mukasurat 1 (2) Pegawai-pegawai lain yang disediakan rumah-rumah khas kerana jawatan mereka. (ii) Rumah Khas Jabatan Pegawai-pegawai yang dikehendaki tinggal berhampiran dengan tempat kerja mereka. (iii) Rumah Biasa Kerajaan Pegawai-pegawai yang ditempatkan bekerja di kawasan-kawasan yang terpencil di mana rumah-rumah persendirian yang sesuai untuk disewa tidak diperolehi. (iv) Rumah Kediaman Luar negeri
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy