Bab E
LAMPIRAN B … Sewa Namaan Rumah dan Sewa Tetap Perabut. LAMPIRAN C … Sewa Sebenar Rumah/Mes dan Asrama. LAMPIRAN D … Senarai Perabut-perabut. LAMPIRAN E … Sijil Akuan Masuk Rumah. LAMPIRAN F … Sijil Akuan Keluar Rumah. mukasurat iv PERINTAH-PERINTAH AM Bab E RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN PERINTAH-PERINTAH Am yang berikut telah dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132 dalam Perlembagaan. [ Berkuatkuasa mulai dari 1hb Februari, 1974 ] 1. Dalam bab ini: Tafsiran. (i) "Keluarga pegawai" bermakna bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. (ii) "Ketua Jabatan" termasuk juga Ketua Setiausaha kepada Kementerian dan Ketua Pejabat tempatan, yayasan atau cawangan kecil sesebuah Jabatan. (iii) "Pegawai Perumahan" bermakna pegawai yang dilantik untuk menguntukkan rumah-rumah kediaman Kerajaan atau yang disewa oleh Kerajaan dan termasuk seorang Ketua Jabatan bagi rumah-rumah khas Jabatan atau lain-lain pegawai yang ditugaskan menguntukkan rumah Kerajaan. (iv) "Rumah biasa Kerajaan" bermakna mana-mana rumah yang lain daripada rumah khas Jabatan atau rumah khas jawatan. (v) "Rumah khas Jabatan" bermakna sesebuah rumah yang didirikan khas oleh Jabatan untuk kediaman seseorang pegawainya yang mustahak berada setiap masa dekat dengan tempat bekerja atau di satu tempat tertentu dalam daerah tempat ia bertugas.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy