Bab E
ditetapkan seperti peraturan dalam Perintah Am 30. Pegawai Perumahan hendaklah juga menghantar permintaan kepada Ketua Jabatan pegawai tersebut meminta supaya sewa-sewa akhir perabut dan rumah tersebut dipotong dari gajinya, termasuk sewa-sewa bagi masa-masa selepas persaraannya seperti yang telah dibenarkan oleh Pegawai Perumahan untuk pegawai itu terus tinggal di rumah tersebut. Jabatan Kerja Raya. 35. ( a ) Satu kadar sewaan yang berlainan adalah dikenakan kepada pegawai-pegawai yang tinggal di mes, asrama atau lain-lain tempat tinggal yang serupa yang disediakan oleh Kerajaan. Kadar ini adalah seperti dalam Lampiran C. Sewa mes dan asrama. mukasurat 7 Sewa ber- kongsi bilik. ( b ) Di mana seseorang pegawai terpaksa berkongsi bilik di mes, asrama atau tempat tinggal yang lain itu, maka ia akan hanya dikehendaki membayar sebahagian yang sama banyak dengan pegawai yang berkongsi bilik dengannya itu, mengikut kadar sewa yang ditetapkan bagi bilik tersebut. mukasurat 8
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy