Bab E

pegawai dari Jabatan Kerja Raya tempatan. Lepas penerimaan sijil tersebut, tanggungjawab pegawai hanyalah sekadar kerosakan atau kekurangan (jika ada) seperti yang dinyatakan dalam sijil itu sahaja. 31. Peraturan-peraturan yang sama seperti di Perintah Am 29 dan 30 hendaklah dijalankan oleh Ketua Jabatan bagi rumah-rumah khas Jabatan yang di bawah kelolaan mereka. Rumah khas Jabatan. (12). 32. Tiap-tiap bangunan atau rumah Kerajaan hendaklah diberi nombor oleh Jabatan Kerja Raya. Jabatan ini juga akan bertanggungjawab menyediakan kelengkapan rumah yang difikirkan perlu oleh Jabatan Kerja Raya setelah berunding dengan Ketua- ketua Jabatan yang berkenaan tetapi tidak termasuk bal-bal letrik. Bagi rumah-rumah kediaman, Jabatan Kerja Raya akan menyediakan perabut-perabut seperti dalam Lampiran D. Tanggung- jawab am J.K.R. (3). VI. PELBAGAI 33. ( a ) Seseorang pegawai yang mendiami sesebuah rumah Kerajaan mestilah mengosongkan rumah tersebut di hari akhir ia bekerja sebelum bersara melainkan jika ia telah diberi kebenaran seperti dalam kes-kes di ( b ) dan ( c ) di bawah. Mengosongkan rumah bila bersara. (15). ( b ) Seseorang pegawai yang bercuti sebelum bersara boleh dibenarkan oleh Pegawai Perumahan untuk menduduki terus rumah yang bukan rumah khas Jabatan atau jawatan senasa ia bercuti itu dan selama tidak melebihi 30 hari lagi selepas akhir cutinya itu. Bagi tujuan Perintah Am ini, seseorang pegawai yang tidak berkelayakan mengumpul cuti rehat sebelum bersara mengikut syarat-syarat perkhidmatannya akan dibenarkan tinggal di rumah tersebut tidak melebihi 30 hari lagi selepas hari akhir ia bekerja. ( c ) Seseorang pegawai yang mendiami rumah khas Jabatan atau jawatan akan dikehendaki mengosongkan rumah tersebut di hari akhir ia bekerja tetapi sekiranya tidak ada pegawai lain yang berhak mendapat rumah itu atau pun penggantinya belum ada lagi, maka dengan persetujuan Ketua Jabatan yang berkenaan, ia boleh dibenarkan tinggal di rumah itu selama tidak lebih daripada 30 hari lagi. Mengosongkan rumah khas jabatan / jawatan. (15). 34.( a ) Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap Ketua Jabatan melapurkan kepada Pegawai Perumahan tentang persaraan seseorang pegawai di bawah jagaannya yang sedang mendiami sesebuah rumah Kerajaan. Pemberitahuan ini hendaklah dilakukan 3 bulan sebelum pegawai tersebut mula bersara. Ketua Jabatan melapurkan pegawai akan bersara kepada Pegawai Perumahan. ( b ) Setelah menerima lapuran di ( a ) Pegawai Perumahan dan Jabatan Kerja Raya tempatan hendaklah mengaturkan untuk dibuat pemeriksaan akhir pengosongan rumah tersebut pada satu hari yang Tindakan Pegawai Perumahan /

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy