Bab E

menjadi tanggungjawab Jabatan tersebut menyediakan peruntukan kewangan bagainya sebelum Jabatan Kerja Raya dapat menjalankan pindaan atau tambahan yang dikehendaki itu. Biasanya perbelanjaan ini telah pun dimasukan terlebih dahulu dalam anggaran perbelanjaan tahunan Jabatan tersebut. V. TANGGUNGJAWAB JABATAN KERJA RAYA J.K.R patut memeriksa/ membaiki bangunan. (17) 27. Adalah menjadi kewajipan Jabatan Kerja Raya untuk memeriksa semua rumah dan bangunan Kerajaan dalam tiap-tiap daerah setahun sekali dan membaikinya sebagaimana yang diperlukan. Hak masuk rumah. (16) 28. Kakitangan-kakitangan Jabatan Kerja Raya, kontrektor-kontrektor Jabatan Kerja Raya dan pekerja-pekerja mereka, hendaklah dibenarkan oleh penghuni-penghuni rumah-rumah atau bangunan- bangunan Kerajaan masuk memeriksa dan membaiki rumah-rumah atau bangunan-bangunan tersebut setelah memperkenalkan diri mereka dengan memuaskan. Peraturan ambil alih rumah. (6) 29. Apabila seseorang pegawai telah diuntukkan sebuah rumah, ketua tempatan Jabatan Kerja Raya hendaklah membuat peraturan bagi menyerahkan rumah tersebut kepada tanggungjawab pegawai yang berkenaan. Satu sijil akuan masuk rumah seperti di Lampiran E yang mengandungi butir-butir penerimaan dan keadaan perabut-perabut, perkakas-perkakas dan lain-lain barang dalam rumah itu hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang mengambil alih itu. Pegawai akan bertanggungjawab kepada apa-apa kerosakan atau kekurangan kepada barang-barang dalam sijil akaun masuk rumah itu dan dia boleh dikehendaki membayar apa-apa kekurangan atau kerosakan yang disebabkan oleh selain daripada penggunaan yang sepatutnya seperti yang dinyatakan dalam Perintah Am 12 (b) . Peraturan kosongkan rumah. (11) 30. Apabila menerima satu lapuran dari seseorang pegawai yang hendak mengosongkan sesebuah rumah Kerajaan, Jabatan Kerja Raya hendaklah membuat peraturan bagi memeriksa rumah tersebut sebelum tarikh pengosongannya dan Jabatan Kerja Raya akan menetapkan dengan penghuni rumah tersebut tarikh pemeriksaan itu akan dilakukan. Pemeriksaan tersebut yang akan dilakukan dalam waktu pejabat, akan dijalankan pada tarikh yang telah ditetapkan itu tidak kira samada penghuni rumah itu ada atau tiada di rumah. Seseorang pegawai itu tidak akan terlepas dari tanggungjawab tentang semua kenyataan berkenaan barang-barang dan perabut-perabut seperti dalam sijil akuan masuk rumah dahulu, iaitu tentang kerosakan atau kekurangan kepada barang-barang dan perabut tersebut sehingga satu sijil akuan keluar rumah seperti dalam Lampiran F telah ditandatangani oleh seorang mukasurat 6

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy