Bab E

( b ) Sekiranya jumlah sewa yang kena dibayar oleh pegawai yang berkongsi rumah di ( a ) itu lebih daripada jumlah sewa yang mereka patut membayar jika diberi rumah berasingan mengikut kelayakan mereka, maka mereka akan hanya dikehendaki membayar sewa yang tiap-tiap seorang mereka patut membayar mengikut kelayakan masing- masing itu, mengikut gandaan daripada sewa namaan atau peratus daripada gaji, yang mana satu terkurang. ( c ) Bagi kedua-dua kes di ( a ) atau ( b ) sewa perabut hendaklah dibahagikan sama banyak di antara mereka mengikut banyak perabut yang disediakan untuk rumah itu. IV. BANGUNAN-BANGUNAN PEJABAT 24. Adalah dalam bidang tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri untuk menentukan bahawa semua Jabatan-jabatan Kerajaan ditempatkan dalam bangunan-bangunan yang munasabah dan sesuai yang bukan sahaja dapat melahirkan kecekapan dan suasana bekerja yang baik tetapi juga dapat memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang ramai untuk berhubung dengan Jabatan-jabatan tersebut. Walau bagaimanapun Ketua-ketua Jabatan adalah secara langsung bertanggungjawab menentukan bahawa semua bahagian atau cawangan Jabatannya, termasuk cawangan-cawangan kecil di luar ibu pejabat, mendapat bangunan-bangunan yang mencukupi dan sesuai untuk keperluan mereka. Ketua-ketua Jabatan hendaklah berunding dengan Ketua Setiausaha Negara tentang mendapatkan ruang-ruang pejabat, seperti pembinaan bangunan-bangunan baru atau penyewaan bangunan-bangunan lain. Jabatan Perdana Menteri bertanggung- jawab tentang bangunan. 25. ( a ) Adalah menjadi tanggungjawab seseorang Ketua Jabatan yang mendiami sesebuah bangunan pejabat Kerajaan, baik yang dibina khas ataupun yang disewa, untuk mengadakan penyeliaan yang baik bagi bangunan tersebut. Apa-apa kerosakan atau kekurangan yang berlaku kepada sesebuah bangunan itu hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Jabatan Kerja Raya tempatan. Ketua Jabatan bertanggung- jawab menjaga bangunan. mukasurat 5 Perubahan kecil menyapu cat dll. (1) ( b ) Apabila sesebuah bangunan memerlukan perubahan kecil seperti membesar atau mengecilkan bilik-bilik di dalamnya, menyapu cat, membaiki dinding, lantai atau tingkap dan sebagainya lagi yang dikehendaki dijalankan dengan segera, maka Ketua Jabatan hendaklah menghantarkan permintaan atas borang permintaan J.K.R. yang berkenaan kepada Jabatan Kerja Raya tempatan yang akan bertanggungjawab menimbangkan permintaan itu dan menjalankan tugas-tugas yang dipinta sewajarnya. Pindaan besar. (1) 26. Di mana sesebuah bangunan pejabat memerlukan pindaan atau tambahan yang akan memakan belanja yang banyak, maka adalah

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy