Bab C

Pegawai akan bersara. 10. Seseorang pegawai yang akan bersara boleh dibenarkan mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan mendapat sejurus sebelum ia bersara supaya cuti rehat itu tamat di hari akhir perkhidmatannya. Untuk tujuan Perintah Am ini, cuti rehat yang sesearang pegawai itu boleh mengambil hendaklah jangan melebihi jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkannya bagi tempoh perkhidmatan selama masa 24 bulan sebelum tarikh persaraannya, dikira kebelakangan dari hari akhir perkhidmatannya itu. Membawa ke hadapan cuti yang tidak dapat diambil. 11. Seseorang pegawai yang tidak dapat mengambil cuti rehat oleh kerana kepentingan perkhidmatan, boleh dibenarkan membawa ke tahun hadapannya apa-apa baki cuti rehat yang diperolehi dalam tahun itu sahaja. Cuti yang sedemikian apabila tidak dihabiskan dalam tahun yang dibawa kehadapan itu, tidak boleh dibawa lagi ke tahun yang berikutannya pula melainkan dalam keadaan seperti di Perintah Am 10. Pengumpulan luarbiasa cuti rehat. (12). 12. ( a ) Kuasa Tertentu boleh membenarkan pegawai-pegawai mengumpul cuti rehat tidak melebihi jumlah cuti rehat yang boleh didapatinya bagi tiga tahun berturut-turut untuk tujuan perjalanan ke seberang laut yang diluluskan. Jumlah cuti yang boleh diluluskan hendaklah jangan lebih daripada jumlah cuti yang diperlukan bagi tujuan perjalanan tersebut. Bila pengum- pulan bermula. ( b ) Pengumpulan luarbiasa cuti rehat ini boleh dimulakan dengan mengambil kira cuti rehat yang pegawai itu berkelayakan pada tarikh ia membuat permohonan tersebut tetapi cuti-cuti rehat yang telah luput dahulunya tidaklah boleh diambil kira lagi. Cuti luput bila tidak diambil. ( c ) Cuti rehat yang telah dikumpulkan ini tidak boleh diambil sehingga menjelang tahun akhir pengumpulan cuti tersebut dan akan luput jika tidak diambil sebelum akhir tahun itu juga. mukasurat 4 CUTI SEPARUH GAJI 13. ( a ) Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti separuh gaji kepada pegawai-pegawai atas hal-hal yang berikut sahaja: Cuti separuh gaji atas sebab kesihatan sahaja. (13). (i) sebab-sebab kesihatan pegawai itu sendiri dengan perakuan sebuah Lembaga Perubatan (Bab F) ; dan (ii) sebab-sebab kesihatan seanak saudara yang rapat kepada pegawai itu. ( b ) Kadar cuti separuh gaji yang boleh di luluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakan tetapi tidak boleh melebihi 180 hari. Kadar cuti.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy