Bab C

( b ) Bagi maksud ( a ) (1) dan (2) di atas, istilah "Ketua Jabatan" akan termasuk juga seorang Ketua Pejabat tempatan, yayasan atau cawangan kecil yang telah diberi kuasa oleh Ketua Jabatannya untuk meluluskan cuti bagi sebarang Kumpulan pegawai di stesyennya. Ketua pejabat dsb., boleh beri cuti (6). ( c ) Apabila pegawai yang memohon cuti ialah seorang Ketua Jabatan sendiri, maka kuasa yang boleh meluluskan cutinya hendaklah Ketua Perkhidmatannya. Seseorang Ketua Perkhidmatan hendaklah memohon cutinya dari Ketua Setiausaha Negara. Ketua jabatan memohon cuti (6). BAHAGIAN SATU KELAS A II. CUTI YANG DIBERI KERANA PERKHIDMATAN 6. Seseorang pegawai boleh diberi cuti-cuti yang berikut kerana perkhidmatan yang melayakan: Jenis cuti kerana perkhidmatan. (i) cuti rehat; (ii) cuti separuh gaji; (iii) cuti tanpa gaji. CUTI REHAT 7. Cuti rehat bagi sesuatu tahun boleh diambil bila-bila masa sahaja dalam tahun itu. Kuasa yang boleh meluluskan cuti rehat ialah Ketua Jabatan, melainkan dalam hal-hal pengumpulan cuti rehat luarbiasa yang akan diluluskan oleh Kuasa Tertentu. Cuti rehat (8). 8. ( a ) Kadar cuti rehat yang seseorang pegawai itu berkelayakan adalah mengikut maksima tanggagaji dan lama perkhidmatan seperti berikut: Kadar cuti rehat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy