Bab C

Dasar cuti rehat 2. ( a ) Adalah menjadi tujuan Kerajaan bahawa cuti rehat diambil pada tiap-tiap tahun oleh pegawai-pegawai untuk tujuan kecekapan dan juga untuk kepentingan pegawai-pegawai itu sendiri. Ketua Jabatan hendaklah menyediakan, seberapa yang boleh, jadual giliran bercuti bagi kakitangan di bawah jagaannya. Kehenaran Ketua Jabatan bercuti di luar Malaysia. ( b ) Seseorang pegawai yang hendak menggunakan semua atau sebahagian daripada cuti rehatnya di luar Malaysia hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatannya atau dari Kuasa Tertentu jika ia seorang Ketua Jabatan. I. KELAS PEGAWAI DAN KUASA MELULUS CUTI Kelas pegawai. 3. ( a ) Untuk menentukan kelayakan-kelayakan bercuti pegawai- pegawai, mereka adalah dibahagikan seperti berikut: Kelas A ... Pegawai-pegawai yang lain daripada pegawai- pegawai yang disebutkan dalam Kelas B. Kelas B ... Pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan- perkhidmatan yang berikut- (i) Pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan Pelajaran yang menjalankan tugas-tugas di sekolah-sekolah seperti yang ditafsirkan dalam Perintah Am 48; dan (ii) Pegawai-pegawai Penjara seperti yang ditafsirkan dalam Perintah Am 58. Pegawai Kontrek ( b ) Pegawai-pegawai dalam kontrek akan berkelayakan mendapat cuti mengikut syarat-syarat dalam kontrek mereka. Hanya di mana tidak dinyatakan tentang perbekalan cuti dalam kontrek mereka, pegawai-pegawai kontrek boleh diberi cuti atas kadar yang sama dengan pegawai-pegawai yang setaraf mengikut Kelas yang berkenaan. Kuasa melulus Kuasa Tertentu (5). 4. Di mana dalam bab ini ada disebutkan Kuasa Tertentu sebagai kuasa yang boleh meluluskan cuti, maka Kuasa Tertentu itu adalah seperti dalam ruangan dua yang berikut. Bagi setengah-setengah pegawai, Kuasa Tertentu akan dikehendaki juga menimbangkan pandangan sebuah kuasa melulus cuti yang lain seperti yang dinyatakan diruangan dua: I II Pegawai Memohon Cuti Kuasa Tertentu (1) Pegawai-pegawai Persekutuan dan pegawai- pegawai dalam perjawatan Persekutuan yang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy