Bab C

1. Dalam bab ini: Tafsiran. (i) "Cuti" bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja; (ii) "Cuti rehat" bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember; (iii) "Cuti sakit" bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab perubatan dan dengan pengemukaan Sijil Sakit dari seorang pegawai perubatan Kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima, dan diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh; (iv) "Ketua Jabatan" bermakna Ketua Setiausaha kepada Kementerian, Ketua Jabatan, Ketua sesuatu Perkhidmatan, mengikut mana yang berkenaan; (v) "Kuasa Tertentu" bermakna Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, atau Setiausaha Kerajaan Negeri, mana yang berkenaan; (vi) "Pegawai Bersama Negeri" bermakna pegawai yang kena berkhidmat dengan Kerajaan Negeri dan juga jabatan-jabatan Persekutuan dalam Negeri yang berkenaan; (vii) "Pegawai dalam Perjawatan Persekutuan" bermakna seorang pegawai yang kena berkhidmat dengan kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan sebarang Kerajaan Negeri; (viii) "Pegawai Persekutuan" bermakna pegawai yang dilantik ke dalam mana-mana perkhidmatan Persekutuan; (ix) "Perkhidmatan yang melayakkan" bermakna perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari masa-masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit (dan bagi guru-guru termasuk cuti sekolah bergaji penuh) tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah dan cuti belajar; (x) "Seanak saudara" bermakna adek beradek, ibu bapa dan lain- lain saudara mara yang rapat kepada pegawai; (xi) "Sijil Sakit" bermakna sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan Kerajaan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (Perintah-perintah Am, Bab F) atau oleh seorang ahli Panel Doktor yang diluluskan oleh Kerajaan. mukasurat 1

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy