Bab C
CUTI TIDAK BEREKOD 57. Guru-guru boleh diberi cuti tidak berekod seperti yang dibekalkan di dalam Perintah Am 39 dan Perintah-perintah Am 41, 42, 43, 44, 45 dan 46. Cuti tidak berekod. (2) PEGAWAI-PEGAWAI PENJARA 58. ( a ) Bagi maksud perbekalan-perbekalan dalam bahagian ini sahaja pegawai-pegawai Penjara adalah: Tafsiran. (65). (i) Kumpulan Kerja dan Separa Ikhtisas- Timbalan Penguasa, Penolong Penguasa, dan Ketua Metren. (ii) Kumpulan Perkeranian dan Teknik- Pegawai Besar, Metren, Ketua Besar Pegawai Penjara, Ketua Pegawai Penjara, Pegawai Penjara Kanan, Pegawai Penjara dan Penolong Metren. (b) Pegawai-pegawai Penjara adalah berkelayakan mendapat cuti-cuti seperti yang diperbekalkan atau dibolehkan dalam bahagian ini sahaja. 59. ( a ) Kuasa yang boleh meluluskan sernua cuti yang dibekalkan atau Kuasa melulus dibolehkan dalarn bahagian ini ialah Ketua Pengarah Penjara. Dia boleh menurunkan kuasa ini kepada Timbalan Ketua Pengarah Penjara, Pengarah atau Penguasa Kanan Penjara. Kuasa melulus cuti. (65). ( b ) Semua permohonan cuti melainkan cuti sambilan dan cuti- cuti atas sebab-sebab perubatan hendaklah dibuat 3 bulan sebelum seseorang pegawai itu akan bercuti. Tiga bulan notis. (65). ( c ) Kelulusan cuti adalah tertakluk kepada perbekalan bahawa pada satu-satu masa tidak lebih daripada 15 peratus sahaja pegawai-pegawai penjara disesebuah Penjara yang boleh bercuti. Kelulusan cuti tidak melebihi 15 peratus. (65). 60. ( a ) Semua pegawai-pegawai Penjara adalah berkelayakan mendapat cuti rehat sebanyak 28 hari bagi tiap-tiap-satu tahun genap perkhidmatan Kadar cuti rehat. (69). mukasurat 15
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy