Bab C

Kelas A boleh diberi semua cuti rehat yang ia berkelayakan, maka seseorang guru akan dianggap sebagai berkelayakan mendapat cuti tambahan sebanyak 25 hari lagi bagi maksud Perintah-perintah Am tersebut. (iii) untuk maksud Perintah Am 20 tentang cuti rehat yang dihabiskan di luar Malaysia hendaklah dibaca bagi tujuan cuti guru- guru sebagai meliputi semua cuti separuh gaji atau campuran cuti bergaji penuh dengan cuti separuh gaji yang dihabiskan diluar Malaysia. Cuti bersalin. 54. Guru-guru wanita akan berkelayakan mendapat cuti bersalin seperti yang dibekalkan dalam Perintah-perintah Am 25 dan 26 tertakluk kepada syarat-syarat bahawa bagi persalinan yang keempat dan seterusnya, guru-guru wanita akan diberi cuti-cuti yang berikut: (i) cuti bergaji penuh semasa dalam cuti penggal sekolah, (ii) cuti separuh gaji bagi masa selama 14 hari di dalam penggal sekolah; (iii) cuti tanpa gaji bagi masa yang lebih daripada di (i) dan/atau mukasurat 14 (ii) tetapi tidak melebihi 42 hari bagi tiap-tiap kali bersalin. Bagi sakit yang melebihi masa pemulihan biasa selama 42 hari itu, guru-guru wanita boleh diberi cuti sakit atau lain- lain cuti atas sebab-sebab perubatan seperti biasa. CUTI HAJI 55. Seseorang guru akan berkelayakan mendapat cuti haji mengikut syarat-syarat seperti dalam Perintah-perintah Am 34 dan 35.Tempoh cuti haji ini akan dianggap sebagai bersambung jika jatuh pada penggal sekolah dan cuti penggal sekolah. Cuti haji. (59). CUTI KERANA BERKURSUS 56. Guru-guru yang dipilih atau dibenarkan oleh Kerajaan untuk cuti mengikuti kursus latihan atau pengajian yang diakui akan berkelayakan mendapat segala faedah-faedah yang diperbekalkan dalarn Perintah Am 36, 37 dan 38. Cuti berkursus. (60 & 61).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy