Bab C
31. ( a ) Dia juga boleh diberi cuti berikut, satu demi satu dengan syarat ia menerima rawatan di hospital terus menerus semasa sakitnya itu, iaitu: Cuti tibi kusta dan barah. (31). (i) cuti sakit yang tidak melebehi 12 bulan dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana lain-lain penyakit; (ii) semua cuti rehat yang ia berkelayakan mendapat pada tarikh cuti sakitnya bermula; (iii) cuti separuh gaji yang tidak melebihi 6 bulan, tidak kira samada pegawai itu berkelayakan atau tidak di bawah Perintah Am 13; dan (iv) cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 6 bulan dengan dibayar elaun bantuan mengikut Perintah Am 22 (b). Cuti-cuti di atas boleh juga diberi jikalau seseorang pegawai itu berubat di yayasan bukan Kerajaan yang telah diluluskan terlebih dahulu oleh Kuasa Tertentu tetapi pegawai itu terpaksalah membayar sendiri segala perbelanjaan rawatan yang dikenakan oleh yayasan tersebut. ( b ) Cuti di (i) dan (ii) boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan. Cuti di (iii) dan (iv) hanya akan diluluskan oleh Kuasa Tertentu setelah menimbangkan perakuan seorang pegawai perubatan yang menyatakan ada harapan untuk pegawai itu sembuh semula. Walau bagaimana pun Kuasa Tertentu, jika ia memikirkan perlu, boleh mengarahkan pegawai tersebut diperiksa oleh sebuah Lembaga Perubatan. Kuasa melulus cuti. ( c ) Tidak ada cuti-cuti lagi yang boleh diberi setelah cuti-cuti yang diberi di ( a ) itu dihabiskan melainkan jikalau Kuasa Tertentu atas budibicaranya sendiri dan selepas menimbangkan apa-apa perakuan sesebuah Lembaga Perubatan dan juga setelah meneliti kes tiap-tiap hal itu, berasa bahawa cuti tambahan bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji boleh diberi lagi. mukasurat 9
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy