Bab C

CUTI KECEDERAAN Cuti kecederaan. (30). 27. Seseorang pegawai yang tercedera semasa menjalankan tugas- tugasnya boleh diberi cuti sakit yang ia berhak di bawah Perintah Am 17. Sekiranya cuti sakit ini telah habis ia boleh diberi cuti kecederaan sebagai cuti sakit tambahan yang bergaji penuh sehingga ke satu masa yang ia akan pulih semula, atau sekiranya ia tiada pulih semula, ke tarikh yang ia akan disarakan dari perkhidmatannya. Kuasa tertentu meluluskan cuti kecederaan . (30). 28. Cuti kecederaan hanya boleh diluluskan oleh Kuasa Tertentu, melainkan dalam kes di Perintah Am 29, setelah menimbangkan kenyataan pemeriksaan sebuah Lembaga Perubatan yang membuat perakuan-perakuan bahawa pegawai itu mempunyai harapan untuk sembuh semula dan keuzuran yang sedang ditanggungnya itu adalah hal dari kecederaan yang menimpanya semasa bertugas itu. mukasurat 8 29. ( a ) Seseorang pegawai yang berkelayakan mendapat pampasan di bawah Ordinan Pampasan Orang Kerja kerana kecederaan semasa bertugas, boleh diberi cuti kecederaan oleh Ketua Jabatan kerana kecederaan yang dialami bagi satu tempoh yang diperlukan untuk sembuh tetapi tidak melebihi 90 hari. Sebarang cuti yang telah diberi kerana kecederaan ini tidak akan mengurangkan hak bercuti pegawai kerana sebab-sebab perubatan yang lain. Cuti kecederaan di bawah Ordinan Pampasan Orang Kerja. (82). ( b ) Semua bayaran yang dibuat sebagai gaji penuh kepada pegawai yang mendapat cuti kecederaan di bawah Perintah Am ini akan dianggap sebagai bayaran berkala yang dibekalkan di bawah Ordinan tersebut. Sekiranya mengikut perbekalan Ordinan tersebut, Kerajaan akan kelak terpaksa membayar saguhati secara pukal kepada pegawai tersebut maka segala bayaran sebagai gaji penuh yang telah dibuat kepadanya tidak boleh dipotong daripada jumlah saguhati tersebut. ( c ) Seseorang pegawai yang terus uzur setelah tamat tempoh bergaji penuh yang diluluskan kepadanya, boleh mendapat faedah- faedah biasa di bawah Ordinan Pampasan Orang Kerja tersebut. CUTI TIBI, KUSTA DAN BARAH 30. Seseorang pegawai yang, disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barah akan diberi keistimewaan mendapat rawatan perubatan percuma, termasuklah pengecualian bayaran wad dalam hospital Kerajaan , seperti yang diperbekalkan dalam Perintah-perintah Am, Bab F. Rawatan percuma bagi tibi, kusta dan barah. (31).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy