Bab C
CUTI PEMULIHAN DAN CUTI KERANTINA Cuti pemulihan. (23). 23. Seseorang pegawai yang telah sihat untuk menjalankan tugas- tugasnya, tetapi pada pandangan sebuah Lembaga Perubatan adalah lebih munafaat untuk dia berehat buat satu jangka waktu yang diperakukan, maka Kuasa Tertentu boleh meluluskan apa-apa cuti separuh gaji yang ia berkelayakan di bawah Perintah Am 13 atau cuti tanpa gaji di bawah Perintah Am 14 dengan peruntukkan Perintah Am 22 ( b ) dipanjangkan kepadanya. Cuti kerantina. (30A). 24. ( a ) Apabila seseorang pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negeri di tahan dimana-mana stesyen kerantina oleh pehak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapanganterbang kerana disebabkan oleh perjalananya melalui sesebuah pelabuhan atau lapanganterbang atau di dalam sebuah kapal atau kapalterbang yang ada berlaku wabak penyakit merebak, maka tempoh penahanan sedemikian akan dianggap sebagai cuti kerantina bergaji penuh yang tidak boleh dipotong dari cuti rehat yang ia berkelayakan. ( b ) Sekiranya penahanan itu disebabkan oleh pegawai itu disyaki atau didapati sakit, maka tempoh itu hendaklah dikira sebagai cuti sakit bergaji penuh. Kerantina di rumah pegawai. ( c ) Sekiranya seseorang pegawai itu dikurung di rumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan kerana berlakunya wabak penyakit merebak di rumahnya, maka ia hendaklah diberi cuti seperti di ( a ) bagi masa yang ia dikehendaki oleh kuasa kesihatan tinggal di rumah itu. CUTI BERSALIN Cuti bersalin maksima 42 hari. (29). 25. Cuti bersalin adalah cuti tambahan kepada cuti sakit dan diberi kepada pegawai-pegawai perempuan untuk bersedia bagi dan pulih dari bersalin. Cuti bersalin boleh diberi sebanyak 42 hari dan tarikh bermulanya cuti bersalin adalah terpulang kepada penetapan yang dibuat oleh pegawai perubatan. Sebarang cuti yang melebihi 42 hari akan dianggap sebagai cuti sakit mengikut Perintah Am 17. Cuti bersalin 3 kali sahaja. 26. Cuti bersalin hanya boleh diberi sebanyak tiga kali sahaja di dalam tempoh perkhidmatan seseorang pegawai perempuan. Bagi persalinan yang keempat dan seterusnya, pegawai itu hanya boleh diberi cuti rehatnya, dan jikalau cuti rehatnya sudah habis atau tida mencukupi, dia boleh diberi cuti tanpa gaji bagi masa pemulihannya itu. Bagi sakit yang melebihi tempoh pemulihan biasa selama 42 hari itu, maka ia boleh diberi cuti sakit atau lain-lain cuti atas sebab perubatan seperti biasa.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy