Bab C

( c ) Peraturan-peraturan di ( b ) tidak boleh dikendurkan dan cuti sakit lanjutan di bawah Perintah Am 22 ( a ) tidak boleh diberi melainkan dengan persetujuan Kuasa Tertentu mengikut kes tiap-tiap hal itu. Jika Kuasa Tertentu meluluskan cuti sakit lanjutan tanpa gaji kepada seseorang pegawai yang sedang bercuti di luar Malaysia maka elaun bantuan seperti di Perintah Am 22 ( b ) tidak boleh dibayar kepadanya. 21. ( a ) Seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa bercuti separuh gaji atau tanpa gaji di Malaysia atau pun di luar Malaysia tidak akan berkelayakan mendapai cuti sakit. Sakit semasa cuti separuh gaji / tanpa gaji. (28). ( b ) Tetapi sekiranya dia bercuti itu di luar Malaysia dan oleh kerana telah jatuh sakit itu dia tidak dapat balik ke Malaysia pada tarikh yang ia patut balik, maka dia boleh diberi cuti sakit selepas tamatnya tempoh cuti separuh gaji atau tanpa gaji itu dengan syarat peraturan-peraturan di Perintah Am 20 ( b )dipatuhi. CUTI SAKIT LANJUTAN 22. ( a ) Seseorang pegawai yang telah diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan sebagai tidak sihat untuk bertugas tetapi ada harapan untuk sihat semula bagi perkhidmatan selanjutnya, dan pada pandangan Lembaga tersebut ia memerlukan masa berehat, maka Lembaga bolehlah mengesyorkan ia di beri satu tempoh bercuti yang tidak melebihi 3 bulan. Untuk tujuan ini Ketua Jabatan bolehlah memberi pegawai itu apa-apa cuti sakit mengikut Perintah Am 17 atau cuti rehat yang ia masih ada lagi. Sekiranya semua cuti-cuti ini telah habis, ia boleh diberi cuti separuh gaji mengikut Perintah Am 13 atau pun cuti tanpa gaji mengikut Perintah Am 14 jika cuti separuh gajinya pula telah habis. Masa berehat tidak lebih 3 bulan. (22 & 24). ( b ) Seseorang pegawai yang telah diluluskan cuti sakit lanjutan tanpa gaji seperti di kes ( a ) di atas boleh diberi elaun bantuan bersamaan separuh gaji dengan kebenaran Kuasa Tertentu. Elaun bantuan semasa cuti sakit lanjutan tanpa gaji. ( c ) Seseorang pegawai yang telah diberi masa berehat seperti di ( a ) akan dikehendaki mengemukakan dirinya, untuk pemeriksaan Lembaga Perubatan sekali lagi di akhir masa berehat itu. Lembaga Perubatan boleh mengesyorkan pada pemeriksaan tersebut atau kemudiannya lagi sambungan masa berehat atau membuat perakuan mengesyorkan persaraan pegawai tersebut. mukasurat 7

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy