Bab C
Boleh guna cuti rehat. ( b ) Sekiranya seseorang pegawai itu masih disahkan tidak sihat setelah menghabiskan cuti-cuti di ( a ), maka Ketua Jabatannya boleh memberi dia apa-apa cuti rehat yang masih ada lagi untuknya. ( c ) Adalah menjadi syarat bahawa semua cuti sakit hendaklah di habiskan di hospital atau di rumah pegawai melainkan jikalau ditetapkan oleh seseorang pegawai perubatan sebaliknya. ( d ) Seseorang pegawai yang telah diberi semua cuti-cuti di ( a ) dan ( b ), tidak boleh diberi sebarang cuti lagi sehingga dia telah diperiksa oleh sebuah Lembaga Perubatan. Cuti sakit lebih 45 hari setahun. 18. Seseorang pegawai yang telah mengambil cuti sakit berjumlah 45 hari atau lebih dalam tiap-tiap tahun bagi masa tiga tahun yang berturut-turut boleh dikehendaki oleh Ketua Jabatannya untuk diperiksa kesihatannya oleh sebuah Lembaga Perubatan, tidak kira sama ada ia telah melapurkan dirinya sakit lagi atau tidak. Sakit semasa bercuti rehat di Malaysia. (26). 19. Seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa bercuti rehat di Malaysia akan berkelayakan mendapat cuti sakit selama masa yang dia diakui oleh pegawai perubatan sebagai tidak sihat untuk bertugas. Sebarang baki cuti rehat yang belum dihabiskannya itu boleh disambungnya selepas cuti sakit itu dengan syarat bahawa dia boleh dipanggil bertugas jika ini diperlukan oleh Ketua Jabatannya. mukasurat 6 20. ( a ) Seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa bercuti rehat di luar Malaysia tidak berkelayakan mendapat cuti sakit. Tetapi sekiranya dia jatuh sakit pada tarikh yang ia patut balik ke Malaysia atau sakitnya berlanjutan hingga ke tarikh tersebut, dia boleh diberi cuti sakit dari tarikh ia patut balik itu hingga ke tarikh ia memegang jawatan semula, dengan syarat peraturan-peraturan di ( b ) dipatuhi sepenuhnya. Sakit semasa bercuti rehat di luar Malaysia. (27). ( b ) Syarat-syarat pernberian cuti sakit di ( a ) ialah: (i) pegawai itu dimasukkan ke hospital; (ii) permohonannya disokong oleh satu sijil atau sijil-sijil dari seorang pegawai perubatan Kerajaan negeri yang berkenaan menyatakan jenis sakit dan tarikh ia masuk hospital dan tarikh dijangka ia akan keluar hospital; dan (iii) ia mengambil peluang balik ke Malaysia seelok-elok sahaja dia sihat. Untuk tujuan Perintah Am ini seseorang pegawai itu dianggap tidak sihat untuk membuat perjalanan jauh dalam masa 7 hari selepas dikeluarkan dari hospital.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy