Bab C

(c) Peruntukan-peruntukan Perintah Am ini adalah tanpa menyentuh peruntukan-peruntukan perenggan 5 dan 6 Peraturan 22 Bab "D" Perintah-perintah Am . mukasurat 5 III. CUTI-CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN Sijil sakit perlu untuk mendapat cuti sakit. 15. Cuti-cuti atas sebab-sebab perubatan adalah diberi oleh Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu bila seseorang pegawai itu disahkan oleh seseorang pegawai perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (Bab F) atau oleh seorang ahli Panel Doktor sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya. Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit yang diterima seperti dalarn Perintah Am 1 (xi). Ketua Jabatan boleh menerima, mengikut budibicaranya sendiri, sebarang sijil sakit yang dikeluarkan oleh seseorang doktor prevet tanpa sokongan dari seorang pegawai perubatan, apabila sijil-sijil itu memberi cuti yang tidak melebihi dua hari yang berturut-turut sahaja. Jumlah cuti sakit yang boleh diberi oleh Ketua Jabatan atas sijil-sijil sedemikian tidak akan melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun. Jenis cuti atas sebab-sebab perubatan. 16. Cuti-cuti atas sebab-sebab perubatan adalah sebagai berikut: (i) Cuti sakit. (ii) Cuti sakit lanjutan. (iii) Cuti pemulihan dan cuti kerantina. (iv) Cuti bersalin. (v) Cuti kecederaan. (vi) Cuti tibi, kusta dan barah CUTI SAKIT Maksima. cuti sakit. (17). 17. ( a ) Seseorang Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti sakit tidak melebihi 90 hari pada satu-satu masa atau 90 hari dalam satu-satu tahun (Januari hingga Disember). Sebarang cuti yang diperlukan lebih daripada ini hendaklah diluluskan oleh Kuasa Tertentu yang boleh memberi tidak lebih daripada 90 hari lagi cuti sakit.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy