Bab C

( c ) Cuti separuh gaji tidak boIeh diberi kepada pegawai-pegawai wanita atas sebab-sebab bersalin. Bersalin tiada cuti separuh gaji. ( d ) Walau apa pun perbekalan di ( a ) di atas seseorang Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti separuh gaji tidak melebihi 14 hari dalam satu-satu tahun atas sebab-sebab seperti di ( a ) (ii). CUTI TANPA GAJI 14. ( a ) Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tanpa gaji kepada pegawai-pegawainya atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Jumlah cuti yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari. Pemberian cuti tanpa gaji hendaklah mengikut peraturan-peraturan seperti di ( b ) atau ( c ). Ketua Jabatan meluluskan cuti tanpa gaji. (13). ( b ) Cuti tanpa gaji kerana urusan sendiri di dalam Malaysia boleh diluluskan bila pegawai itu telah genap berkhidmat tidak kurang daripada 6 bulan dan dia telah mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan. Urusan sendiri di dalam Malaysia. ( c ) Cuti tanpa gaji kerana urusan sendiri di sesebuah negeri di luar Malaysia diluluskan bila pegawai itu sudah mempunyai perkhidmatan terus menerus tidak kurang daripada 6 bulan dan dia telah mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan. Cuti ini tidak boleh diambil sekali lagi sehingga 4 tahun telah berlalu selepas cuti yang pertama itu. Urusan sendiri di luar Malaysia. ( d ) Cuti tanpa gaji hendaklah dicatitkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan bukan dalam catitan cuti sahaja. Catitan dalam kenyatan perkhidmatan. 14A. ( a ) Jika seseorang pegawai tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang munasabah, maka pegawai itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja itu; Tiada gaji bagi tempoh tak hadir bekerja tanpa cuti. (b) Suatu perakuan oleh Ketua Jabatan memperakui tempoh yang bagi pegawai itu tidak berhak mendapat gaji dan emolumen di bawah perenggan ( a ) kepada Pihak Berkuasa yang bertanggungjawab bagi membayar gaji dan lain-lain emolumen pegawai itu adalah satu kuasa yang mencukupi bagi memotong gaji dan emolumen bagi tempoh tak hadir bekerja itu;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy