Akta 605 - Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000

Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 65 Keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib 22. (1) Dalam menimbangkan rayuan di bawah perenggan 21 terhadap keputusan sesuatu Jawatankuasa Tatatertib, Jawatankuasa Rayuan Tatatertib itu boleh— (a) menghantar balik kes itu kepada Jawatankuasa Tatatertib itu untuk ditimbangkan semula; (b) mengesahkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib itu; (c) mengesahkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib itu berhubung dengan salah laku pegawai itu, tetapi mengubah hukuman kepada suatu hukuman yang lebih ringan; atau (d) mengakaskan keputusan dan hukuman Jawatankuasa Tatatertib itu dan membebaskan pegawai itu daripada pertuduhan terhadapnya. (2) Keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib adalah muktamad. Pegawai hendaklah diberitahu mengenai keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib 23. Dengan seberapa segera yang praktik selepas membuat keputusannya di bawah perenggan 22 atas suatu rayuan yang dibuat oleh seseorang pegawai, Jawatankuasa Rayuan Tatatertib hendaklah memberitahu pegawai itu mengenai keputusan itu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy