Akta 605 - Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 605 Keputusan Jawatankuasa Tatatertib hendaklah diberitahukan kepada pegawai 11. Tiap-tiap Jawatankuasa Tatatertib hendaklah memastikan bahawa keputusannya dalam mana-mana prosiding tatatertib diberitahukan secara bertulis kepada pegawai yang menjadi subjek prosiding tatatertib itu. BAHAGIAN II JAWATANKUASA RAYUAN TATATERTIB Penubuhan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib 12. Hendak l ah d i t ubuhkan bag i se sua t u badan ber kanun Jawa t ankua sa -Jawa t ankuasa Rayuan Tatatertib yang dinyatakan dalam Lampiran. Bidang kuasa Jawatankuasa Rayuan Tatatertib 13. (1) Jawatankuasa Rayuan Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk menerima, menimbangkan dan memutuskan apa-apa rayuan yang dikemukakan oleh seseorang pegawai terhadap keputusan sesuatu Jawatankuasa Tatatertib. (2) Jawatankuasa Rayuan Tatatertib berkenaan dengan setiap kategori pegawai yang dinyatakan dalam ruang pertama Lampiran ialah Jawatankuasa Rayuan Tatatertib yang terdiri daripada anggota anggota yang dinyatakan dalam ruang keempat Lampiran berhubung dengan kategori itu. Pengisytiharan kepentingan 14. (1) Jika Pengerusi atau mana-mana anggota sesuatu Jawatankuasa Rayuan Tatatertib mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana rayuan yang dibawa di hadapan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib itu, dia hendaklah mengisytiharkan jenis kepentingan itu dan perisytiharan itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang dalamnya pengisytiharan itu telah dibuat. (2) Pengerusi atau mana-mana anggota sesuatu Jawatankuasa Rayuan Tatatertib yang mempunyai kepentingan dalam mana-mana rayuan yang dibawa di hadapan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib itu tidak boleh mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib itu berhubung dengan rayuan itu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy