Akta 605 - Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000

Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 55 Penggantungan kerja 47. (1) Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat boleh menggantung seseorang pegawai daripada menjalankan tugasnya jika— (a) pegawai itu telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah jenayah; atau (b) suatu perintah sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 31 telah dibuat terhadap pegawai itu. (2) Tempoh penggantungan kerja di bawah peraturan ini hendaklah mula berkuat kuasa dan t ar i kh sab i t an a t au t ar i kh kua t kua sa per i n t ah i t u, meng i kut mana -mana yang berkenaan. (3) Seseorang pegawai yang telah digantung daripada menjalankan tugasnya— (a) tidak boleh dibenarkan untuk menerima apa-apa bahagian emolumennya yang telah tidak dibayar dalam tempoh penahanan kerjanya di bawah peraturan 46; dan (b) tidak berhak untuk menerima apa-apa emolumen sepanjang tempoh penggantungan kerjanya. (4) Keputusan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan untuk menggantung kerja seseorang pegawai hendaklah dimaklumkan kepadanya secara bertulis. Emolumen yang tidak dibayar 48. (1) Jika prosiding tatatertib terhadap seseorang pegawai berkeputusan dengan pegawai itu dibuang kerja, dia tidak berhak kepada apa-apa bahagian emolumennya yang telah tidak dibayar kepadanya dalam tempoh penahanan kerja atau penggantungan kerjanya. (2) Jika prosiding tatatertib terhadap seseorang pegawai berkeputusan dengan suatu hukuman selain buang kerja dikenakan ke atas pegawai itu, dia berhak untuk menerima apa-apa bahagian emolumennya yang telah tidak dibayar kepadanya dalam tempoh penahanan kerja atau penggantungan kerjanya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy