Akta 605 - Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 605 Kuasa Jawatankuasa Tatatertib 39. Jika, setelah menimbangkan representasi pegawai dan laporan Jawatankuasa Penyiasatan, jika ada, Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan— (a) mendapati pegawai itu bersalah atas kesalahan tatatertib yang dikatakan telah dilakukan olehnya dan pegawai itu patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Tatatertib itu; (b) mendapati pegawai itu bersalah atas kesalahan tatatertib yang dikatakan telah dilakukan olehnya tetapi, setelah mengambil kira dalam pertimbangan hal keadaan dalam mana kesalahan tatatertib itu telah dilakukan dan faktor peringanan yang lain, kesalahan itu tidak mewajarkan hukuman buang kerja atau turun pangkat tetapi mewajarkan pengenaan suatu hukuman yang lebih ringan, Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan ke atas pegawai itu mana-mana satu atau lebih hukuman selain buang kerja atau turun pangkat sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 40 sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Tatatertib itu; atau (c) mendapati pegawai itu tidak bersalah, Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah membebaskannya. BAHAGIAN VI HUKUMAN TATATERTIB Jenis hukuman tatatertib 40. Jika seseor ang pegawa i d idapa t i ber sa l ah a t a s sua t u kesa l ahan t a t a t e r t ib , mana -mana sa t u atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu, boleh dikenakan ke atas pegawai itu: (a) amaran; (b) denda; (c) lucut hak emolumen; (d) tangguh pergerakan gaji; (e) turun gaji; (f) turun pangkat;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy