Akta 605 - Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000

Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 43 (c) tiada hukuman patut dikenakan ke atas pegawai itu, Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah membebaskannya. (4) Jika hukuman selain buang kerja telah dikenakan ke atas seseorang pegawai atau jika tiada hukuman telah dikenakan ke atasnya, Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah mengarahkan pegawai itu supaya menjalankan semula tugasnya. BAHAGIAN V TATACARA TATATERTIB Bab 1—Am Peluang untuk didengar dalam prosiding tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat 32. (1) Tertakluk pada subperaturan (2), dalam semua prosiding tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan ini, tiada seorang pegawai pun boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat melainkan jika dia telah terlebih dahulu diberitahu secara bertulis mengenai alasan-alasan yang berdasarkannya tindakan itu dicadangkan dan dia telah diberi peluang yang munasabah untuk didengar. (2) Subperaturan (1) tidaklah terpakai dalam hal-hal yang berikut: (a) jika seseorang pegawai telah dibuang kerja atau diturunkan pangkat di bawah subperaturan 28(3) atau 31(3); (b) jika Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan berpuas hati bahawa kerana sesuatu sebab, yang hendaklah direkod dari olehnya secara bertulis, tidaklah semunasabahnya praktik untuk menjalankan kehendak subperaturan (1); (c) jika Lembaga berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya tidaklah suai manfaat untuk menjalankan kehendak subperaturan (1). Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menentukan jenis pelanggaran tatatertib 33. (1) Jika seseorang pegawai dikatakan telah melakukan suatu kesalahan tatatertib—

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy