Akta 605 - Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 605 BAHAGIAN IV PEGAWAI YANG TERTAKLUK PADA PROSIDING JENAYAH, DSB. Tatacara jika prosiding jenayah telah dimulakan terhadap seseorang pegawai 27. (1) Seseorang pegawai hendaklah dengan segera memaklumkan Ketua Jabatannya jika apa-apa prosiding jenayah telah dimulakan terhadapnya dalam mana-mana mahkamah. (2) Jika telah sampai kepada pengetahuan Ketua Jabatan seseorang pegawai daripada apa-apa punca bahawa pro s id i ng j enayah t e l ah d imu l akan da l am mana -mana mahkamah t erhadap pegawa i itu, Ketua Jabatan itu hendaklah mendapatkan daripada Pendaftar, Timbalan Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar mahkamah yang dalamnya prosiding itu telah dimulakan suatu laporan yang mengandungi maklumat yang berikut: (a) pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan terhadap pegawai itu; (b) jika pegawai itu telah ditangkap, tarikh dari waktu penangkapannya; (c) sama ada atau tidak pegawai itu diikat jamin; dan (d) apa-apa maklumat lain yang berkaitan. (3) Apabila laporan yang disebut dalam subperaturan (2) diterima, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan laporan itu kepada Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan berserta dengan perakuannya mengenai sama ada atau tidak pegawai itu patut ditahan kerja. (4) Setelah menimbangkan laporan dan perakuan Ketua Jabatan yang dikemukakan kepadanya di bawah subperaturan (3), Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan boleh, jika difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Tatatertib itu, menahan pegawai itu daripada menjalankan tugasnya. (5) Sebaik sahaja selesai prosiding jenayah terhadap pegawai itu, Ketua Jabatannya hendaklah mendapatkan daripada Pendaftar, Timbalan Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar mahkamah yang di hadapannya kes itu dibereskan dan mengemukakan kepada Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan— (a) keputusan mahkamah itu; dan (b) maklumat berhubung dengan rayuan, jika ada, yang telah difailkan oleh pegawai itu atau Pendakwa Raya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy