30 Undang-Undang Malaysia AKTA 605 (b) dia ialah seorang penghutang penghakiman dan hutang penghakiman itu tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan dalam penghakiman itu; (c) dia ialah seorang bankrap, selagi dia belum dilepaskan daripada kebankrapan atau penghakiman kebankrapannya belum dibatalkan. Laporan mengenai keterhutangan kewangan yang serius 13. (1) Jika seseorang pegawai melaporkan di bawah subperaturan 12(4) bahawa pros id i ng s i vi l t e l ah d imu l akan t er hadapnya a t au j i ka Ke t ua Jaba t an mener ima apa - apa laporan daripada mana-mana pihak bahawa prosiding sivil telah dimulakan terhadap seseorang pegawai, Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan daripada mahkamah suatu cabutan keputusan muktamad mahkamah dalam prosiding itu. (2) Ketua Pengarah hendaklah membuat perkiraan dengan pihak berkuasa mahkamah yang berkenaan bagi Ketua Jabatan seseorang pegawai untuk mendapatkan daripada pihak berkuasa itu suatu laporan berkenaan dengan pegawai itu jika— (a) pegawai itu, sebagai seorang penghutang penghakiman, didapati daripada fail guaman itu telah tidak menjelaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkan dalam penghakiman itu; (b) pegawai itu telah memfailkan petisyen kebankrapannya sendiri; atau (c) suatu petisyen kebankrapan oleh seorang pemiutang telah disampaikan terhadap pegawai itu. (3) Sebagai tambahan kepada perkiraan yang boleh dibuat di bawah subperaturan (2), Ketua Pengarah hendaklah membuat perkiraan dengan *Ketua Pengarah Insolvensi bagi *Ketua Pengarah Insolvensi menyampaikan kepada Ketua Jabatan seseorang pegawai yang menjadi seorang bankrap suatu laporan yang mengandungi perkara-perkara yang berikut: (a) pernyataan hal ehwal yang d i fa i l kan o l eh pegawa i i t u mengi kut undang -undang kebankr apan yang sedang berkuat kuasa; (b) amaun bayaran ansuran yang diperintahkan atau yang dicadangkan dibuat; *CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai “Pegawai Pemegang Harta”–lihat seksyen 17 Akta Kebankrapan (Pindaan) 2003 [Akta A1197].
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy