Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 9 yang kedua atau yang berikutnya ialah gaji yang akhir diterima bagi jawatannya yang disebut terdahulu dalam mana dia telah disahkan jika sekiranya dia terus memegang jawatannya yang disebut terdahulu itu sehingga persaraannya. (3) Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan kepada seseorang pekerja yang bersara di bawah seksyen 11 hendaklah dihitung mengikut peraturan-peraturan yang jumlah tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira baginya hendaklah dikira seolah-olah pekerja itu telah berkhidmat sehingga mencapai umur persaraan paksanya, yang mana jua terpakai baginya. Pemberian taraf berpencen 6. Pihak berkuasa pencen boleh memberi taraf pekerja berpencen kepada seseorang pekerja tetap jika dia telah— (a) disahkan dalam jawatannya yang sekarang; dan (b) genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira. Pelaksanaan opsyen 6 A . (1) Seseorang pekerja yang dilantik pada atau selepas mula berkuat kuasanya seksyen ini hendaklah, sebelum disahkan dalam jawatannya, berhak untuk memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. (2) Opsyen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa melantik yang berkenaan mengikut sesuatu cara yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pencen. (3) Pelaksanaan opsyen oleh seseorang pekerja di bawah seksyen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada masa dia disahkan dalam jawatannya dan hendaklah pada ketika itu menjadi muktamad.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy