Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

8 Undang-Undang Malaysia A KTA 239 Pencen, dsb., bukan suatu hak yang mutlak 3. (1) Tiada seorang pun pekerja boleh mempunyai hak mutlak untuk mendapat pampasan bagi perkhidmatan yang lepas atau untuk mendapat apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain di bawah Akta ini. (2) Jika pihak berkuasa yang berkenaan telah membuktikan hingga memuaskan hati Menteri bahawa seseorang pekerja telah bersalah atas kecuaian, salah aturan atau salah laku, maka Menteri boleh mengurangkan atau menahan pencen, ganjaran atau faedah lain yang pekerja itu sepatutnya layak mendapat jika tidak kerana seksyen ini. Pencen, dsb., hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan 4. (1) Pencen, ganjaran dan faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan mulai dari 1 Januari 1981. (2) Pembayaran apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini sehingga 31 Disember 1980 hendaklah dibuat dari Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1977 [ Akta 185 ]. Penghitungan pencen, dsb. 5. (1) Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dihitung mengikut peraturan-peraturan itu; dengan syarat bahawa dalam hal persaraan di bawah perenggan 10(5) (a) atau di bawah seksyen 13, amaun pencen yang diberikan itu tidak boleh kurang daripada satu per lima daripada gaji yang akhir diterima oleh pekerja itu. (2) Bagi maksud subseksyen (1), gaji yang akhir diterima oleh seseorang pekerja yang bersara sebelum disahkan dalam jawatannya

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy