Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 7 “peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 28; “perkhidmatan” ertinya perkhidmatan di bawah Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri, atau dalam mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan; “perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ertinya perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah peraturan-peraturan itu; “pihak berkuasa berkanun atau tempatan” ertinya pihak berkuasa berkanun atau tempatan dalam had bidang Skim Baru; “pihak berkuasa pencen” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya secara bertulis untuk bertindak bagi pihaknya; “pihak berkuasa yang berkenaan” ertinya lembaga atau badan pengurus sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan; “Skim Baru” ertinya gaji dan had serta syarat perkhidmatan yang telah dipinda bagi pekerja dalam pihak berkuasa berkanun dan tempatan berbangkit dari penyemakan gaji dan had serta syarat perkhidmatan bagi pekerja itu yang dibuat oleh Kerajaan mulai dari 1 Januari 1976, atau dari apa-apa penyemakan lain kemudiannya yang dibuat atau diluluskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa; “Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja” ertinya suatu skim yang di bawahnya seseorang pekerja terhenti menjadi layak diberikan taraf pekerja berpencen atau terhenti menjadi pekerja berpencen dan sebagai ganti dikehendaki mencarum, bersama-sama dengan majikannya, kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja; “Skim Pencen Dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja” ertinya suatu skim yang di bawahnya seseorang pekerja terus menjadi pekerja berpencen dan dikehendaki mencarum, apabila opsyennya mula berkuat kuasa dan menurut kuasa opsyennya, kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy